XI Terbaik Premier League Pada Harga Bajet Yang Lebih Murah Dari Pembelian Lampard

Pengurus Chelsea, Frank Lampard mengakui tidak bimbang dengan kemungkinan dirinya akan dipecat susulan prestasi hambar yang dipamerkan skuad bimbingannya dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada ketika ini.

Nasib Lampard pada musim keduanya di Stamford Bridge seperti ‘telur di hujung tanduk’ Sejak Disember lalu, The Blues hanya menang tiga dari keseluruhan sembilan perlawanan terakhirnya yang dilalui di Premier League, dengan kekalahan 2-0 kepada Leicester adalah yang terbaru.

Perkembangan terkini itu pastinya membuatkan masa depan Lampard bersama kelab yang sudah cukup sebati dengan jiwanya itu semakin terancam selepas pemilik pasukan, Roman Abramovich telah memberikan kebebasan kepadanya untuk berbelanja besar pada jendela perpindahan musim panas tempoh hari.

Sepanjang jendela perpindahan ini Chelsea telah membelanjakan £200 juta untu merekrut pemain baharu ke Stamford Bridge. Hakim Ziyech dari, Timo Werner dari RB Leipzig, Kai Havertz dari Bayer Leverkusen, Ben Chiwell dari Leicester City, Eduord Mendy dari Rennes, dan Thiago Silva secara percuma dari PSG.

Dengan perbelanjaan sebegitu, sudah pasti kemampuan Lampard mulai dipersoalkan. Berikut pula adalah senarai pemain termurah pernah berlaku di Premier League yang lebih rendah dari pembelian dilakukan Lampard – dan telah memberi pulangan kepada kelab masing-masing.

Nick Pope
Charlton – Burnley (£1.1 juta)

Nick Pope boleh dianggap sebagai penjaga gol paling underated di Premier League. Sering dipuji kerana aksi tangkasnya di hadapan gawang, Pope masih gagal menjadikan jersi No.1 England menjadi miliknya.

Namun dengan prestasi tidak menentu Jordan Pickford, Pope mungkin akhirnya berjaya mencuri perhatian gareth Southgate yang dalam proses pemiliihan skuad The Three Lions untuk Euro 2020 yang ditangguhkan ke tahun hadapan.

Pada 2014, Pope hanya beraksi di non league sebelum menyertai Charlton. Tiba di Burnley hanya dengan nilai £1.1 juta dari Charlton, ia pasti satu perjalanan yang lebgkap buat penjaga gol berusia 28 tahun itu jika diberi kepercayaan oleh Southgate.

Seamus Coleman
Sligo Rovers – Everton (£60k)

Pemain paling berbaloi pernah dibeli oleh kelab Premier League dalam sejarah. Kita tidak akan mendapat harga lebih rendah dari ini.

Harga Coleman hanya £60,000, bersamaan dengan gaji kebanyakkan pemain yang beraksi di Premier League.

https://twitter.com/TOFnews/status/1321781626829967361

Dan ia nyata pelaburan yang berbaloi dari Everton setelah mendapatkan pemain tersebut dari Sligo Rovers pada 2009. Kini telah tampil dalam 900 perlawanan untuk Everton, Coleman masih lagi bek kanan pilihan No.1 Carlo Ancelotti.

Coleman kini berusia 32 tahun. Walaupun nama beliau tidaklah sehebat Dani Carvajal atau segah Trent Alexander-Arnold, 11 tahun beraksi bersama Everton adalah satu perkara yang luar biasa dengan nilai pemaburan sebegitu.

Cesar Azpilicueta
Marseille – Chelsea (£7 juta)

Atau Lampard boleh sahaja belajar daripada bekas-bekas pengurus yang lain. Pada musim 2012/13 perpindahan Cesar Azpiliciueta dianggap tidak menjadi, namun kita harus menyemak kembali perkara ini selepas 7 tahun beliau terus kekal di Stamford Bridge.

Azpilicueta pada mulanya dibawa masuk dari Marseille untuk menjadi pemain simpanan/sokongan kepada skuad utama. Namun hari ini beliau adalah salah seorang pemain paling versatile di England.

Bermula sebagai pemain di bek kanan, Azpilicueta kemudiannya turut memperagakan aksi di sebelah kiri dan bahagian tengah pertahanan.

Azpiliciueta kini adalah pemain paling lama berkhidtmat bersama Chelsea dan merupakan kapte kelab itu.

Eric Dier
Sporting Lisbon – Tottenham (£4.5 juta)

Eric Dier adalah salah seorang pemain terawal yang dibawa masuk oleh Tottenham pada era Mauricio Pochettino. Agak mengejutkan pemain kelahiran Inggeris itu memiliki klausa perpindahan rendah bernilai £4.5 juta dengan Sporting Lisbon.

Dibawa kembali ke England pada usia 20 tahun, Dier dianggap sebagai salah seorang pemain tengah bertahan muda terbaik.

Debut bersama Spurs, Dier menjaringkan gol dalam perlawanan menentang West Ham dari posisi bek kanan. Beliau turut beraksi sebagai pemain pertahanan tengah sebelum memainkan peranan di posisi asal di bahagian tengah.

Di bawah kendalian Mourinho, Dier kembali beraksi di posisi kegemarannya iaitu di bahagian pertahanan tengah.

Joe Gomez
Charlton – Liverpool (£3.5 juta)

Liverpool sering kali dianggap sebagai kelab yang bijak berbelanja. Ini termasuklah untuk pemain pertahanan, Joe Gomez yang dibawa dengan nilai £3.5 juta dari Charlton Atlhletic.

Gomez menyertai Liverpool pada usia 18 tahun pada 2015. Hanya dua musim bersama skuad simpanan Liverpool, Gomez tidak lagi memandang ke belakang setelah berjaya menambat hati Jurgen Klopp.

https://twitter.com/Tactical_Times/status/1320108127883304964

Hari ini Gomez baru sahaja mencecah usia 23 tahun, namun pemain ini sudah memiliki gelaran Champions League dan Liga Perdana Inggeris. Bergandingan dengan pemain pertahanan terbaik dunia, Virgil van Dijk hanya akan menambahbaik permainan beliau.

Maka tidak hairanlah mengapa Gomez menjadi pemain pilihan pertama Soutgate di bahagian pertahanan sekiranya cergas sepenuhnya.

Andy Robertson
Hull City – Liverpool (£7 juta)

Satu lagi penbelian berbaloi dari Liverpool apabila hanya perlu membayar £7 juta untuk mendapatkan Robertson dari Hull.

Dari panadangan mata kasar apabila anda membawa masuk seorang pemain pertahanan dari Scotland dari kelab yang tersingkir dari liga, ia tidak akan mengujakan mana-mana penyokong. Maka tidak hairan pada mulanya ramai yang melihat Robertson sebagai pemain back-up.

Namun sejak tiba di Anfield pada 2017, Robertson tidak perlu menunggu lama untuk menyingkirkan Alberto Moreno sebagai bek kiri pilihan pertama, dan pisisi tersebut menjadi milik beliau sehingga kini.

Kita semua tahu sumbangan Robertson bersama rakan sejawatnya di sebelah kiri untuk Liverpool sejak dua musim lalu.

Dele Alli
MK Dons – Tottenham (£5 juta)

Dele Alli dianggap sebagai pemain muda sensasi ketika baru tiba di utara London dan turut dilabel sebagai salah seorang pemain muda mengujakan ketika Spurs membawa masuk pemain itu.

Alli menyertai Tottenham dari MK Dons dengan nilai £5 juta dan pada musim penuh pertamanya telah menjaringka 10 gol untuk membantu Spurs bersaing dengan Leicester City untuk kejuaraan.

Musim berikutnya Alli terus menyinar dengan 22 gol, namun selepas itu konsistensi prestasi Alli mulai merudum. Tidak dapat dinafikan Allo perlu mengambil berat amaran yang diberikan oleh Mourinho sejak pengurus dari Portugal itu menyertai Spurs.

Joao Moutinho
Monaco – Wolves (£5 juta)

Sanggupkah anda membayar £5 juta untuk pemain berusia 32 tahun? Sudah tentu jika pemain itu sebaik Joao Mautinho.

Pemain veteran dari Portugal ini dianggap pemain yang sanggup bekerja keras dan rajin. Sejak tiba dari Monaco pada 2018, Wolves telah memanfaatkan pengamalan dan keyakinan dari pemain ini.

Selepas dua musim, Moutinho telah menghasilkan 14 assist untuk Wolves dan pada usia 34 tahun pada hari ini beliau masih lagi menjadi sandaran utama Nuno Espirito Santo di jentera tengah. Keberkesanan pemain ini membuatkan beliau turut masih mendapat panggilan dari skuad kendalian Portugal!

James Rodriguez
Real Madrid – Everton (Free)

Tidak banyak kelab yang menikmati tempoh jendela perpindahan yang danggap sempurna seperti Everton pada musim ini. Carlo Ancelotti dianggap berbelanja besar, namun perbelanjaan tersebut dilakukan dengan bijak dengan fokus untuk memperkasakan bahagian tengah.

Sejumlah £60 juta dibelanjakan untuk membina bahagian tengah yang baru, dan pemain seperti Allan dan Abdoulaye Doucouré telah memberikan impak segera yang dihaapkan.

Kejayaan membawa masuk pemain tengah 29 tahun dari Colombia, James Rodriguez untuk melengkapkan bahagian itu juga kini memberikan impak positif dengan Everton merekodkan 100% kemenangan pada musim ini untuk mendahului saingan Premier League.

Disisihkan oleh Bayern Munich dan Real Madrid, Rodriguez kini adalah nadi kepada kreativiti Everton.

Dominic Calvert-Lewin
Sheffield United – Everton: (£1.5juta)

Dalam pada itu, Calvert-Lewin yang menjaringkan gol pertamanya dalam debut bersama skuad kebangsaan England ketika menewaskan Wales 3-0 tempoh hari menerima anugerah pemain ternbaik bulanan Premier League pertamanya selepas menjaringkan lima gol dalam tiga perlawanan pada bulan September.

Pemain berusia 23 tahun itu merekodkan hatrik ketika Everton membelasah West Bromwich Albion 5-2. Pemain Everton terakhir yang memenangi anugerah tersebut adalah Romelu Lukaku pada Mac 2017.

Beliau menewaskan tujuh calon lain iaitu rakan sepasukannya, James Rodriguez, Patrick Bamford, Timothy Castagne, Harry Kane, Tariq Lamptey, Sadion Mane dan Jamie Vardy.

Dibawa masuk dengan nilai £1.5 juta dari Sheffield United, Calvert-Lewin akhirnya berjaya menampilkan potensi sebenarnya pada musim ini.

Jamie Vardy
Fleetwood Town – Leicester (£1 juta)

Merupakan nadi penting Leicester City yang mengejutkan dunia bola sepak apabila The Fox muncul juara Premier League beberapa musim lalu, Jamie Vardy telah menjadi pemain tertua untuk memenangi anugerah Kasut Emas Premier League selepas menamatkan musim dengan 23 gol pada musim lalu.

Persaingan merebut Kasut Emas Premier League 2019/20 berakhir dengan Jamie Vardy berjaya menewaskan persaingan daripada penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang dan Danny Ings (Southampton), dibezakan dengan hanya satu gol.

Prestasi tersebut turut dibawa oleh Vardy ke musim ini yang telah menjaringkan 6 gol untuk membantu Leicester mendudukit tangga ke-8 dari enam perlawanan yang dilalui setakat ini.

Penutup

Saingan liga akan berehat seketika bagi memberikan ruang kepada Piala FA di mana Chelsea akan berhadapan Morecambe pada hari Ahad nanti dan Fulham menanti di Craven Cottage pada 16 Januari.

Chelsea perlu menewaskan musuh setempat itu dalam kembali meyakinkan para peminat dan kemenangan juga amat penting bagi menyelamatkan masa depan Lampard bersama kelab tersebut.

Jika ada perkara yang boleh kita pelajari dari artikel ini ialah, wang tidak akan membeli kejayaan segera. Maka betullah kata-kata nasihat, berbelanjalah secara berhemah agar tidak gelap masa depan.

Baca artikel-artikel kami yang lain berkaitan Chelsea melalui pautan:

Lucas Piazon Dedah Realiti Pahit Jadi Pemain Muda Di Chelsea

Siapakah 5 Pengurus Termuda Di Premier League Musim 2020/21?

Tahukah Anda? Lionel Messi Hampir Sertai Chelsea Pada Tahun 2004

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN