Lucas Piazon Dedah Realiti Pahit Jadi Pemain Muda Di Chelsea

Lucas Piazon

Sebelum era Frank Lampard menjadi pengurus Chelsea, kelab London itu terkenal dengan aktiviti suka meminjam keluar ramai pemain-pemain muda mereka ke kelab lain.

Nampak macam perkara normal bukan? Tetapi cara Chelsea adalah tidak lazim apabila seseorang pemain itu dipinjam keluar berkali-kali ke kelab lain musim ke musim.

Salah seorang daripada mangsa polisi Chelsea itu adalah Lucas Piazon.

Piazon kini sudah menamatkan tempoh sembilan tahunnya di Chelsea dengan hanya melakukan tidak lebih daripada 10 penampilan untuk The Blues.

Kini beraksi bersama Braga di Portugal, Piazon mengatakan yang mimpi buruknya di sana adalah akibat sistem Chelsea yang gemar menukar-nukar pengurus.

Katanya, beliau yang mula dapat memasuki skuad utama Chelsea pada era Andre Villas-Boas, melihat pertukaran pengurus dengan pantas dari Roberto Di Matteo, Rafael Benitez dan Jose Mourinho.

Piazon mengatakan yang pada mulanya beliau dihantar ke sana ke sini adalah untuk tujuan pembangunannya dengan harapan apabila kembali, tempatnya di Chelsea tersedia.

Oh My Goal – Football • Soccer on Instagram: “#lucaspiazon #portugal #brasil #chelsea #ohmygoal #sportingdebraga”

Tetapi semuanya adalah salah sama sekali.

Beliau berkata yang semuanya mula nampak kelam apabila Chelsea kerap mendapatkan pemain-pemain ternama untuk pasukan mereka dengan harga yang mahal.

“Sejujurnya setiap kali balik dari tempoh pinjaman dan menjalani pra-musim dengan jurulatih baharu dan pemain yang baru datang pada musim baharu, kami selalu diingatkan yang jika beraksi baik maka peluang itu akan tiba.”

“Tetapi jauh di sudut hati saya tahu peluang itu tidak ada kerana mereka pastinya menggunakan pemain yang mereka beli kerana harga yang dibayar cukup tinggi.”

Piazon mengatakan beliau tidak lebih daripada sebagai “alat bisnes” buat Chelsea selepas dipinjam keluar sebanyak tiga, empat kali.

Untuk rekod, Piazon dipinjam keluar oleh Chelsea sebanyak tujuh kali dalam masa sembilan tahun.

Baca juga artikel kami mengenai The Blues:

Chelsea Pertimbang Dapatkan Pengurus Dari Bundesliga Ganti Lampard (semuanyabola.com)

Rekod 12 Pengurus Chelsea Era Abramovich Termasuk Lampard Yang Seperti Telur Di Hujung Tanduk (semuanyabola.com)

Karier 4 Pemain Yang Ibarat ‘Masuk Neraka’ Selepas Bergelar Pemain Termahal Chelsea (semuanyabola.com)

One Comment

Leave a Reply