Menurut pendedahan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon, beliau telah bersiap sedia awal untuk berdepan Bahrain – seawal hari pertama kem latihan pusat skuad kebangsaan bersamanya pada 19 Mei yang lalu.
Ini bermakna perancangan strategi dan pilihan pemain telah dilakukan sejak awal ketika kem latihan skuad negara baru bermula dengan 30 pemain. Inilah yang mungkin beliau katakan sebagai ‘senjata’ sudah bersedia.
Walaupun sedikit terganggu dengan keadaan padang yang teruk akibat hujan lebat membasahi bumi Bukit Jalil sejak lewat petang semalam, para pemain menurutnya telah memberikan yang terbaik semampu mereka.
Petugas stadium sedang berusaha untuk membaiki keadaan padang. pic.twitter.com/vhH6vZpzpS
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) June 11, 2022
Malaysia menguasai permainan di babak pertama apabila Bahrain dilihat bergelut untuk memahami keadaan padang dan menyesuaikan diri dengan situasi basah dan becak. Mereka hilang arah dan gagal mempamerkan prestasi sebenar pasukan yang berada di ranking ke-89 dunia berdepan Malaysia – ranking ke-154 dunia.
Mohamadou Sumareh memberikan Malaysia kelebihan awal menerusi gol di minit ke-55 selepas menerima hantaran Khuzaimi Piee dari sebelah kiri ke dalam kotak penalti yang disambar pemain naturalisasi negara itu.
Dua minit berselang, Pahlawan Dilmun berhasil menyamakan kedudukan menerusi gol Ali Haram sebelum kesilapan penjaga gol dan kapten skuad negara, Farizal Marlias menghadiahkan sepakan penalti di minit ke-81 berjaya disempurnakan penyerang, Abdulla Yusuf Helal untuk Bahrain membawa pulang tiga mata berharga.
A little concerned about this line-up. Understand the decision to play 3 at the back but not sure about some of the guys named in the Starting 11. https://t.co/EuA7HI7QCG
— Keesh (@keeshmatstats) June 11, 2022
Lima perubahan telah dikesan ketika senarai pemain diumumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Dan ia mengundang kritikan dan persoalan tentang pemilihan beberapa pemain yang dikatakan mengelirukan.
Mengapa mengelirukan? Skuad yang menundukkan Turkmenistan boleh kita anggap dalam momentum terbaik tetapi kenapa Kim mengambil risiko menukar dan merombak besar kesebelasan utama skuad negara?
Kemasukan Sumareh yang paling mencuri tumpuan apabila mengambil alih peranan Arif Aiman Hanapi.
Begitupun, beliau membuktikan nilainya apabila berhasil meledak jaringan pembukaan buat Harimau Malaya.
GOL!!! MALAYSIA 1 – 0 BAHRAIN
54' Mohamadou SumarehQualifiers AFC Asian Cup 2023 pic.twitter.com/d3uYtpGAOa
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) June 11, 2022
Dan penyenaraian beliau dalam kesebelasan utama sudah dirancang sejak bermula kem latihan skuad negara lagi. Bukan hanya beliau, tetapi 11 pemain yang bermain malam tadi. Sebab itu lima perubahan pemain terlihat.
Bukan sengaja lima perubahan dibuat, ia dilakukan mengikut perancangan yang telah dibuat sejak awal dulu.
Ini menunjukkan Kim memiliki perancangan berdasarkan perlawanan dan perubahan akan sentiasa dapat kita lihat mengikut situasi perlawanan. Dan ia dipersiapkan ketika kem latihan skuad kebangsaan bermula lagi.
Perubahan lima tonggak bukan sengaja dilakukan kerana beliau memiliki perancangan tertentu untuk Bahrain.
“Ya, ini [perubahan pemain] memang dalam perancangan taktikal kita. Kita telah membuat perancangan ini sejak dari hari pertama sesi latihan skuad negara lagi. Kita telah pun membuat keputusan. Saya tidak boleh mengeluh kerana ia berkesan, kita berjaya menjaringkan gol berdepan pasukan yang ampuh.”
“Kita akan fokus dengan kekuatan kita [berdepan Bangladesh]. Dalam masa tujuh hari kita akan bermain tiga perlawanan. Ia sangat sukar. Kita akan rombak dan ubah sesuatu, saya percaya ia akan membantu untuk perlawanan selepas ini kerana kita bermain dua perlawanan dengan kesebelasan yang berbeza.”
Kim Pan-gon, sidang media pasca perlawanan Malaysia-Bahrain