Kim Pan-gon Elak Jawab Kritikan Terhadap Farizal Marlias

Farizal Marlias bagi penalti Bahrain Kim Pan-gon

Kim Pan-gon diajukan pandangannya terhadap kesilapan penjaga gol, Farizal Marlias yang menghadiahkan gol kedua dan kemenangan buat Bahrain dalam aksi kedua Kumpulan E, kelayakan Piala Asia 2023, malam tadi.

Jika dilihat, semua penyokong sepakat menyalahkan Farizal Marlias atas kesilapan yang dilakukannya yang telah menyumbang kepada kekalahan 1-2 Harimau Malaya kepada Bahrain, tetapi Kim ada caranya sendiri.

Ia merupakan perlawanan kedua peringkat kumpulan selepas Malaysia merekodkan kemenangan sensasi ke atas Turkmenistan dalam aksi pertama. Semangat dan aura itu dibawa ke dalam aksi berdepan Bahrain.

Walaupun semua sedar ia mustahil kerana kita bakal berdepan Bahrain – pasukan di ranking ke-89 dunia.

Kelayakan Piala Asia: Malaysia Gagal Raih Mata, Dikecewakan Gol Penalti Bahrain Di Hujung Perlawanan

Malaysia bermain dengan baik sepanjang 80 minit walaupun terdapat kesilapan yang menghadiahkan jaringan penyamaan terlebih dahulu. Ia masih boleh dimaafkan penyokong kerana permainan dilihat masih positif.

Namun, kesilapan di minit ke-80 oleh Farizal menjadi titik tolak kepada kemarahan penyokong apabila beliau dengan mudahnya memberikan lawan sepakan penalti. Kesilapan yang tidak wajar untuk dilakukannya.

Tindakannya untuk keluar menangkap bola adalah satu perkara apabila sudah beberapa kali beliau gagal setiap kali membuat cubaan sebegitu. Dan tindak balas selepas kegagalannya itu yang buat penyokong ‘menyirap’.

Membentes pemain lawan dalam usaha menghalang cubaan kedua – walaupun sebenarnya posisi pemain itu tidak menggugat pun gawang Malaysia. Ia seperti ulangan skrip tahun lalu yang dilakukan pemain sama dan berdepan lawan yang sama. Ya, Farizal melakukan kesalahan yang sama seperti ketika tewas 0-2 di Riffa.

Jika tidak kerana kesalahan itu, Malaysia sedang dalam situasi yang baik untuk mengikat Pahlawan Dilmun.

Ketika ditanya media tentang tindakan Farizal itu sama ada boleh diterimanya atau tidak, ini jawapannya.

“Saya tidak akan bercakap kepada anda tentang pemain secara individu [prestasi]. Perkara ini akan dilihat dan dikaji semula oleh barisan kejurulatihan dan kita akan tentukan.”

Kim Pan-gon, sidang media pasca perlawanan Malaysia-Bahrain

Dalam perlawanan malam tadi yang dilimpahi hujan lebat dan padang becak, Bahrain bergelut untuk memberi aksi terbaik mereka di sepanjang babak pertama. Malaysia seharusnya sudah berada di depan dalam beberapa situasi, namun dikecewakan dengan percubaan yang gagal menggugat penjaga gol, Sayed Mohammed Jaffer.

Gol pertama skuad negara hadir di minit ke-55 menerusi jaringan pemain sayap menyerang, Mohamadou Sumareh sebelum dua minit kemudian, Ali Haram menyamakan kedudukan hasil kealpaan para pemain.

Dan jaringan kemenangan Bahrain dihasilkan di minit ke-81, hasil sepakan penalti oleh Abdulla Yusuf Helal.

FOTO: FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN