Hubungan baik antara Liverpool dengan bekas pemain mereka Xabi Alonso berpotensi untuk membantu menjadikan pengurus Bayer Leverkusen itu sebagai pengurus The Reds di masa hadapan.
Menurut satu laporan daripada wartawan CBS, Ben Jacobs, Xabi Alonso sememangnya ada potensi untuk kembali ke Anfield dan menjadi pengganti kepada Jurgen Klopp.
Alonso pada ketika ini tidak dinafikan lagi sememangnya antara prospek pengurus yang menjadi rebutan semua kelab-kelab gergasi di benua Eropah.
🗣 "We know if he needs to do a move in the future we will be able to talk with each other."
Leverkusen CEO addresses the Xabi Alonso Liverpool exit clause claimhttps://t.co/9tgCcxCoLv
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) November 17, 2023
Kerja keras beliau bersama Bayer Leverkusen mendapat perhatian ramai dan walau baru sahaja menyertai gergasi Bundesliga itu, beliau sudah mampu menunjukkan hasil yang sungguh dahsyat.
Bayer Leverkusen sebelum dikendalikan oleh Alonso sempat untuk bersaing di zon penyingkiran, dan dengan kehadiran pengurus baharu kelab itu, mereka berubah menjadi calon juara pada musim ini.
Xabi Alonso juga turut cemerlang membawa Bayer Leverkusen hingga ke peringkat separuh akhir saingan Europa League.
Musim ini, bekas bintang Real Madrid dan Liverpool itu berjaya memimpin Bayer Leverkusen untuk mendahului carta saingan Bundesliga dan mereka juga sangat berpotensi untuk bergelar juara.
😬 Liverpool given clarity over Xabi Alonso's future after release clause rumourshttps://t.co/5iTa5Wer6P pic.twitter.com/gR0M7N2z7L
— Mirror Football (@MirrorFootball) November 19, 2023
Fakta yang menunjukkan bahawa Bayer Leverkusen kini sedang mendahului carta saingan Bundesliga selepas 11 perlawanan sudah cukup untuk membuktikan bahawa Alonso bukan pengurus biasa-biasa.
Bayer Leverkusen hanya mencatatkan satu keputusan seri sahaja dari 11 perlawanan mereka dan ia adalah ketika aksi terikat 2-2 bertemu Bayern Munich di Allianz Arena September lalu.
Ironinya, kali terakhir ada kelab lain selain Bayern Munich bergelar Juara saingan Bundesliga adalah pada tahun 2012 yang lalu, dan Xabi Alonso pada ketika itu masih seorang pemain dan beraksi bersama Real Madrid.
Bekas pemain midfield Sepanyol itu kemudiannya turut sempat beraksi bersama Bayern Munich selama tiga tahun dan membantu kelab memenangi tiga gelaran Bundesliga.
Kini, beliau bakal menjadi pengurus pertama yang akan menamatkan dominasi Bayern Munich sebagai juara bertahan saingan Bundesliga.
Bayer Leverkusen sendiri tentu saja tak senang duduk melihat situasi Xabi sekarang, kerana sudah terlalu banyak kelab gergasi yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.
More from my IV with Leverkusen CEO Fernando Carro. Xabi Alonso doesn't have a formal clause letting him leave for an ex-club, but won't be "forced" to stay. "There's nothing on paper. But sometimes agreements that aren't on paper are agreements as well."https://t.co/1QRSNKg6mG
— Ben Jacobs (@JacobsBen) November 19, 2023
Di tambah pula dengan kontrak Xabi bersama mereka hanyalah kontrak jangka pendek, maka makin sukarlah untuk Bayer Leverkusen mempertahankan pengurus mereka itu.
Bukan kelab-kelab kecil yang sedang memantau perkembangan terkini Xabi Alonso di Bundesliga, dengan Real Madrid dan Liverpool antara yang paling berminat mahu mendapatkan khidmatnya.
Bekas kelab Alonso, Real Madrid dilaporkan sedang berusaha mahu menjadikan pengurus Bayer Leverkusen itu sebagai calon pengganti kepada Carlo Ancelotti.
Terdapat pelbagai laporan dari pelbagai sumber yang melaporkan bahawa Real Madrid mahu melantik Alonso sebagai pengurus baharu mereka andai Ancelotti meninggalkan kelab pada penghujung musim nanti.
Walau bagaimanapun, seandainya perpindahan menyertai Real Madrid tidak menjadi kenyataan, Alonso dikatakan turut berminat mahu menjadi pengurus baharu Liverpool di masa hadapan.
Xabi Alonso is shining at undefeated Bayer Leverkusen and it could lead him back to Real Madrid or Liverpool 🤩https://t.co/BvrK60X7lT
— Mail Sport (@MailSport) November 18, 2023
Ulasan Ben Jacobs berkait masa depan Alonso bersama Liverpool
Ketika bercakap kepada GiveMeSport, Jacobs mengakui yang Alonso sangat sesuai serta layak untuk menjadi pengurus Liverpool di masa hadapan.
Memandangkan Alonso sendiri turut dianggap sebagai pemain kesayangan peminat atas kejayaan beliau membantu kelab menjuarai saingan Champions League pada musim 2004/05, maka tidak hairanlah kenapa penyokong turut berharap beliau akan kembali ke Anfield.
“Apa yang saya faham adalah Alonso jelas sekali sedang beri sepenuh perhatian kepada Bayer Leverkusen dan tidak kepada dirinya, mereka sekarang sedang mendahului carta saingan Bundesliga.”
“Dia sudah melakukan kerja yang sungguh luar biasa di kelab bola sepak ini, jadi semua orang bercakap tentang masa depan Alonso, tapi Alonso sendiri hanya beri tumpuan kepada Leverkusen pada ketika ini dan itu memang hal yang sepatutnya dia lakukan.”
“Kerana untuk melakukan kerja pengurus yang sempurna, kamu tak patut letakkan diri kamu di pasaran selepas 11 perlawanan liga, kamu letak diri kamu di pasaran pada penghujung musim nanti atau musim selepas kamu memenangi sesuatu.”
“Tapi tak dinafikan yang Alonso ada mengintai kesempatan sekarang dan itu termasuk dua bekas kelabnya, Liverpool dan Real Madrid.”
“Saya rasa dia tak begitu minat dengan Bayern Munich, kerana Thomas Tuchel sekarang sudah mulai stabil, tapi jelas sekali, jika mereka mencari pengurus baru, nama Alonso juga mesti dikaitkan dengan mereka juga. Tapi kebarangkalian untuk ke Liverpool adalah hal yang lebih menarik perhatian dia.”
Xabi Alonso is the "difference" ⚽️
Hear how the former Liverpool and Spain 🇪🇸 midfielder is making a "difference” as Bayer Leverkusen equal record start set by Pep Guardiola's Bayern Munich. 🇩🇪
Listen 🔉 https://t.co/gAUIyvjbE5#BBCFootball
— BBC World Service Sport (@BBCWSSport) November 13, 2023
Persoalan yang Alonso perlu jawab pada diri dia sendiri sekarang adalah, berapa lama dia sanggup tunggu untuk ganti Klopp sebagai pengurus?
Seandainya pengurus dari Jerman itu kekal bersama kelab hingga kontraknya tamat, maka Alonso mungkin akan diperlukan pada penghujung musim 2025/26.
Ia merupakan jangka waktu yang agak panjang untuk Alonso menanti sambil kekal bersama Bayer Leverkusen.
Satu-satunya cara untuk Liverpool dapatkan khidmat Alonso adalah dengan memecat Jurgen Klopp pada pertengahan musim depan atau pada penghujung musim ini.
Namun hal itu sepertinya agak mustahil untuk berlaku kerana Klopp juga turut sedang menunjukkan hasil yang sangat positif bersama kelab pada ketika ini.
Liverpool given clarity over Xabi Alonso future: https://t.co/kwehFmB7D1
— LFC News (@LFCNewsApp) November 19, 2023
Hal-hal seperti inilah yang akan menyukarkan Alonso untuk dilantik sebagai pengurus Liverpool kerana beliau tidak akan bertahan lama bersama Bayer Leverkusen.
Real Madrid berkemungkinan akan menjadi kelab yang bakal mendapatkan khidmat beliau selepas tugasnya bersama Bayer Leverkusen tamat nanti.