Woman Aid Organisation: “Terima Kasih TMJ, JDT Dan PBNJ”

Woman Aid Organisation (WAO) merupakan badan NGO yang memberikan bantuan kebajikan, perlindungan dan kaunseling kepada wanita – yang menjadi mangsa pelbagai jenis penderaan.

Selain itu, WAO turut memperjuangkan hak-hak wanita serta menyediakan khidmat guaman kepada wanita yang memerlukan.

Oleh sebab itu WAO sangat aktif dalam usaha mereka memberikan kesedaran kepada masyarakat – terutama sekali wanita berkaitan dengan isu-isu yang berkaitan.

Pertubuhan bukan kerajaan ini sangat rapat dengan agensi lain yang berkaitan – sama ada agensi kerajaan mahupun bukan kerajaan.

Dalam satu muat naik WAO di Twitter semalam – badan bukan kerajaan tersebut telah mengucapkan terima kasih kepada Tunku Ismali Sultan Ibrahim ataupun yang lebih dikenali dengan panggilan TMJ – pemilik pasukan JDT.

WAO turut mengucapkan terima kasih kepada JDT serta Persatuan Bola Sepak Negeri Johor di atas sumbangan mereka kepada badan tersebut.

Sumbangan amal tersebut adalah daripada cetusan idea TMJ yang mengadakan perlawanan amal All Stars JDT minggu lalu. Perlawanan amal yang menghimpunkan legenda-legenda bola sepak dunia serta pemain-pemain dan bekas pemain JDT.

Dalam perlawanan tersebut, pihak penganjur berjaya mengutip dana sekitar RM680,000 – hasil sumbangan penaja, pembelian tiket, serta lain-lain lagi.

Pihak All Stars JDT telah menyumbangkan RM200,000 daripada kutipan keseluruhan pada malam tersebut untuk disalurkan kepada WAO.

TMJ hanya memberikan respon balas dengan emoji yang ringkas menerusi akaun twitter baginda – tanda baginda juga gembira untuk membantu badan kebajikan tersebut.

Satu usaha yang murni dan wajar diteruskan pada masa akan datang. Kami di semuanyaBOLA berharap acara seperti ini akan diperbanyakkan lagi. Ini bagi menunjukkan bahawa komuniti bola sepak di Malaysia mampu menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat menerusi publisiti sukan ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN