Aidil Sharin Mahu Kedah Pertahankan Rekod Tanpa Kalah Di Darul Aman

Kedah, Aidil Sharin

Kedah berpeluang memintas buat seketika Pahang yang kini berada di kedudukan ke-3 liga jika mereka berjaya merekodkan kemenangan ke atas PKNP FC dalam aksi minggu ke-19 Liga Super Malaysia (MSL) 2019 di Stadium Darul Aman, pada malam ini.

Hanya dipisahkan satu mata dengan Pahang, Kedah yang kini telah mengumpul 29 mata perlu mengekalkan momentum kemenangan yang telah direkodkan sejak minggu ke-17. Kedah menang dua perlawanan berturut-turut – ke atas PKNS FC dan PJ City FC.

Namun, sejak akhir-akhir ini benteng Kedah seakan-akan rapuh dengan telah dibolosi sebanyak tujuh gol dalam tiga perlawanan termasuk ketika tewas 2-3 kepada FELDA United dalam saingan separuh akhir kedua Shopee Piala FA 2019 tempohari.

Jika FELDA United mampu bangkit untuk menewaskan Kedah, PKNP FC juga pasti menginginkan perkara yang sama bagi membolehkan mereka keluar daripada zon penyingkiran. Oleh itu, Helang Merah seharusnya berhati-hati dengan cabaran lawan.

“PKNP bukan pasukan yang mudah kerana mereka mampu beri cabaran sukar kepada kami dan oleh itu kami harus bekerja keras sepanjang perlawanan dalam usaha memburu kemenangan.

“PKNP yang sangat memerlukan mata untuk keluar dari zon penyingkiran dan pastinya datang memburu mata penting di sini dan dalam 90 minit perlawanan apa-apa pun boleh berlaku dan jika kami lalai, kami boleh dihukum dan keciciran mata,” jelas pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak kepada Berita Harian.

Aidil Sharin, Kedah
FOTO: Kedah FA

Selain itu, bagi pengendali berusia 43 tahun itu lagi, penting buat mereka untuk mengekalkan rekod tanpa kalah di Darul Aman musim ini. Helang Merah kini telah merekodkan 13 perlawanan tanpa kalah di laman sendiri dalam semua pertandingan.

Kedah masih memiliki dua perlawanan di laman sendiri berdepan PKNP FC minggu ini dan kemudian berdepan pula lawan mereka di pentas final Piala FA musim ini, Perak pada minggu ke-21.

“Empat perlawanan terakhir Liga Super sangat penting untuk kami tidak keciciran mata dan pada masa yang sama mempertahankan rekod tanpa kalah di Stadium Darul Aman musim ini.

“Jadi saya harap penyokong Kedah akan hadir memberi sokongan kepada pasukan yang mengharapkan motivasi serta laungan semangat dalam mencari kemenangan,” ujarnya lagi.

Kredit Featured Image: Kedah FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN