Willy Caballero: Guardiola Buatkan Saya Terasa Seperti Seorang Remaja

Willy Caballero

Penjaga gol Chelsea, Willy Caballero mengakui Pep Guardiola telah membuatkan dirinya terasa seperti seorang remaja ketika beliau masih berada di kem Manchester City.

Hal ini kerana penjaga gol yang kini berusia 38 tahun itu mendedahkan pengendali kelahiran Sepanyol tersebut akan sentiasa memberikan ilmu baharu ketika sesi latihan dan membuatkan mereka [para pemain] seolah-olah berada di universiti.

Caballero yang menyertai Manchester City pada musim 2014/15 selepas berhijrah dari Malaga dengan yuran perpindahan bernilai £6 juta, sempat berada selama tiga musim di Stadium Etihad sebelum beliau memilih untuk ke Chelsea.

Beliau dalam pada itu turut menegaskan bahawa setiap hari bersama The Cityzens adalah merupakan hari persekolahan buatnya.

”Pep Guardiola membuatkan kami seakan-akan seperti pergi ke universiti,” ujar Caballero menurut laporan dikeluarkan Goal.

Embed from Getty Images

”Saya telah menghabiskan masa setahun untuk bersamanya di Manchester City, belajar sesuatu yang baharu pada setiap hari.”

”[Belajar] ketika di padang, menonton video atau pada bila-bila masa, ketika dia mendekati anda dan menceritakan sesuatu perkara kepada anda.”

”Dia tidak bermasalah untuk memberikan tunjuk ajar kepada seseorang yang berusia 34 tahun, seperti saya, sudah kelihatan seperti seseorang yang berusia 18 tahun.”

”Dia merupakan seorang guru yang hebat,” tambah penjaga gol berpengalaman kelahiran Santa Elena, Argentina itu.

Kredit featured image: Martin Rickett/PA Images via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Willy Caballero:

Leave a Reply