Rasmi: Caballero Sah Menyertai Chelsea Secara Percuma

Chelsea sah menandatangani bekas penjaga gol Manchester City, Willy Caballero secara percuma. Ini secara langsung akan menggantikan Asmir Begovic yang menyertai Bounermouth.

Pengarah Teknikal Chelsea, Michael Emanalo berbesar hati menerima kehadiran Caballero ke dalam pasukan Chelsea. Beliau berkata:

“Kami sangat gembira menerima Willy di dalam pasukan kami. Beliau sangat kenal dengan EPL dan corak cubaan gol oleh penyerang di sini. Beliau masih berada dalam prestasi terbaik.”

“Kami ada 3 penjaga gol berpengalaman dan kami sudah tidak sabar untuk mengalu-alukan kehadiran beliau ke dalam pasukan apabila semua pemain kami kembali berkumpul untuk pra-musim.”

Caballero turut teruja untuk menyertai Juara England tersebut. Beliau berkata:

“Saya sangat gembira untuk menyertai Chelsea, pasukan juara England. Saya tidak sabar-sabar untuk bertemu dengan mereka yang lain di sana dan cuba membantu kelab ini mengecapi kejayaan pada musim baru.”

Antara aksi terbaik Caballero adalah ketika membantu Manchester City menjuarai Piala Liga pada 2016. Beliau menyelamatkan 3 penalti pemain Liverpool dalam final tersebut.

Musim lalu, beliau juga cemerlang menggantikan Claudio Bravo yang berada dalam prestasi di bawah par. Antara aksi cemerlang beliau musim lalu adalah ketika membantu Manchester City menang 3-1 ke atas Barcelona.

Beliau memang terkenal dengan kemampuan untuk menyelamatkan sepakan penalti.

Namun sayangnya, Caballero tidak berada di dalam perancangan Pep Guardiola yang sudah menandatangani Ederson serta mengekalkan Claudio Bravo.

Leave a Reply