West Ham Sedia Lepaskan Declan Rice Kepada Arsenal Dengan Bersyarat

Pemain bintang England iaitu Declan Rice dilaporkan bakal berpindah kelab pada musim panas ini, selepas mengharungi musim yang cukup baik bersama West Ham United dalam saingan English Premier League (EPL).

Rice bukan lagi nama asing dalam arena bola sepak dunia, selepas kualiti dimiliki pemain tersebut ketika ini menarik minat pelbagai kelab gergasi termasuk Arsenal untuk musim hadapan.

Walaupun beraksi selaku pemain tengah bertahan, Rice memiliki ketajaman yang baik untuk mendapatkan gol serta mencipta bantuan jaringan buat rakan sepasukan lain.

Daripda 37 penampilan musim ini bersama West Ham, pemain berusia 24 tahun itu sudah pun meledak empat gol bersama dua bantuan jaringan secara keseluruhan.

Berita tentang perpisahan Rice bersama West Ham bukan lagi sesuatu yang baharu selepas ianya telah pun disahkan sebelum itu menerusi pengerusi kelab, David Sullivan.

Jelas Sullivan, Rice telah mengesahkan diri beliau tidak akan lagi bersama West Ham pada musim hadapan dan mengintai peluang untuk mewakili kelab baharu.

“Kami telah pun berjanji dengan Rice yang beliau boleh tinggalkan kelab pada musim panas ini. Dia sendiri telah menetapkan situasi tersebut. Kamu tak boleh meminta lebih daripada pemain yang memberi sumbangan besar sepanjang musim buat kelab.

“Disebabkan itu beliau akan berhijrah dan kami perlu mendapatkan segera pemain pengganti atau lebih ramai lagi pada masa akan datang.

“Sebenarnya, ia bukan sesuatu kami harapkan. Kami ada tawarkan £200,000 per minggu beberapa bulan lalu tapi dia tolak.

“Kos untuk terus meletakkan Rice kekal bersama West Ham bernilai £10 juta dan dia ingin pergi. Kamu tak boleh kekalkan pemain yang tidak ingin lagi berada di sini,” jelas Sullivan menerusi Sportbible.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Walaupun West Ham setuju untuk melepaskan pemain tengah berbakat tersebut menyertai Arsenal musim hadapan, ada syarat tersendiri telah ditetapkan pasukan tersebut.

Menurut laporan, West Ham meminta pemain muda Arsenal iaitu Emile Smith Rowe termasuk dalam klausa perpindahan jika The Gunners menginginkan khidmat Rice.

Rice yang tidak begitu banyak beraksi pada musim ini kerana masalah kecederaan dilaporkan telah menarik minat West Ham untuk ditandatangani sebagai pengganti kepada Rice pada masa akan datang.

Malah, laporan menyatakan pengurus West Ham iaitu David Moyes menjadi individu yang sangat meminati kualiti dimiliki Smith Rowe untuk dijadikan sebagai pemain penting masa depan buat kelab tersebut.

Walaupun begitu, segalanya masih dalam rundingan dan kemungkinan besar Arsenal bakal kehilangan salah satu bintang muda terbaik mereka untuk musim hadapan kepada West Ham.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN