Dalam satu pasukan bola sepak, sudah pasti akan ada sekumpulan pemain yang mempunyai gelagat melucukan. Kadangkala ia membantu untuk menceriakan, dan ada masanya menganggu juga.
Perbuatan 4 pemain West Bromwich Albion memandu sendiri teksi di Barcelona mengundang malang. Mereka telah disoalsiasat polis kerana disyaki mencuri teksi tersebut.
Skuad yang dikenali Baggies itu berada di Barcelona untuk kem latihan pendek di sana. Mereka berada di sana sejak Selasa pagi dan pulang pada kelmarin.
Langgar peraturan
Alan Pardew, pengurus Baggies telah mengenakan satu peraturan. Tiada pemain yang akan keluar pada waktu malam.
Kebanyakan pemain kelab itu telah memilih untuk menonton perlawanan Champions League pada Rabu malam. Tetapi, pada malam itu juga Gareth Barry, Jonny Evans telah melanggar peraturan.
Mereka disertai juga oleh Jake Livermore dan Boaz Myhill. Asalnya mereka ingin ke sebuah bar pada jam 5.30 pagi, namun tiada bar dibuka.
Akhirnya mereka memanggil teksi dan membawa mereka ke restoran McDonald. Pemandu teksi itu telah membawa mereka dan tiba-tiba meninggalkan mereka bersama teksi miliknya. Malah mereka tidak diberitahu ke mana tujuan pemandu itu pergi.
Setelah membeli makanan, salah seorang daripada mereka memandu teksi itu ke hotel penginapan mereka. Teksi itu ditemui semula pada jam 8 pagi. Namun, mereka tidak terlepas daripada disoal siasat polis Barcelona.
Kecewa
Alan Pardew dilaporkan kecewa dengan kejadian itu dan bertegas akan mengambil tindakan kepada pemainnya.
Beliau sendiri telah menghadapi rompakan di Barcelona semasa kem latihan itu. Dompet dan telefon bimbitnya telah dicuri ketika semasa minum di sebuah bar.
Keempat-empat pemain West Bromwich itu telah memohon maaf kerana telah menimbulkan masalah. Dan mereka sanggup memberikan kerjasama kepada kelab untuk menyelesaikan masalah seperti ini.
Semoga kejadian ini memberi iktibar agar tiada ada perkara seperti ini berulang. Jika tidak, fokus mereka akan terganggu.
Ya, West Bromwich Albion sekarang berada di tangga tercorot liga. Fokus lebih perlu demi penyelamatan kelab.