Wenger Yakin Sanchez Tandatangani Kontrak Baru, Akui Berminat Dengan Mbappe Dan Lemar

Seperti pasukan EPL yang lain, Arsenal juga memulakan sesi pra musim mereka pada minggu ini. Persoalan yang terus dikemukakan kepada Wenger adalah masa depan Alexis Sanchez.

Wenger percaya Alexis Sanchez akan kekal di Arsenal musim hadapan. Wenger berkata:

“Pemain kembali ke dalam pasukan dan kami berharap semua pemain menghormati kontrak mereka.”

Ditanya, adakah benar Alexis Sanchez masih belum menandatangani kontrak baru. Adakah ini akan membuatkan Arsenal terpaksa menjual Sanchez sementara nilai pasaran beliau masih tinggi. Wenger memberitahu:

“Tiada siapa boleh sahkan yang Sanchez bermain dalam musim terakhir di Arsenal pada musim hadapan. Tiada masalah untuk beliau menandatangani kontrak lanjutan pada awal musim hadapan.”

Wenger memberitahu yang Alexis Sanchez tidak pernah memberitahu beliau untuk meninggalkan pasukan Arsenal pada musim hadapan.

Wenger tidak mahu menjual pemain yang sedia ada kerana beliau mahukan kesinambungan di dalam projek mereka dari musim sebelum ini.

Wartawan turut bertanya tentang spekulasi yang mengaitkan Arsenal dengan Kylian Mbappe dan Thomas Lemar. Wenger berkata:

“Dia (Mbappe), adalah pemain yang boleh bangun pagi dan memikirkan ke mana dia nak pergi.”

Ia merujuk kepada, Mbappe sudah matang untuk berfikir sendiri. Wenger menambah lagi:

“Tidak ramai pemain yang memiliki nasib seperti beliau. Dalam usia 18 tahun, satu Eropah sudah membentangkan karpet merah untuk beliau.”

“Tiada seorang jurulatih yang mahu menafikan minat ke atas pemain berkaliber seperti itu, semua kelab mahukan beliau.”

Menjawab persoalan tentang Thomas Lemar, ini jawapan Wenger:

“Lemar adalah pemain yang (scouter) kami ikuti, kami sedang memerhatikan beliau. Kami masih berusaha mendapatkan beberapa pemain baru. Namun buat masa ini, tiada yang benar-benar konkrit tentang pemain baru yang akan masuk.”

Sumber

The Guardian – https://www.theguardian.com/football/2017/jul/11/alexis-sanchez-not-told-leave-arsene-wenger-arsenal

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN