Lambungan Cantik Forkey Doe Berikan 3 Mata Buat Selangor Yang Beraksi 10 Pemain

Perak VS Selangor dilangsungkan di Stadium Perak, Ipoh dalam cuaca yang cukup baik untuk perlawanan bola sepak.

Suasana sedikit tegang apabila Zaquan Adha mendapati beliau dijatuhkan oleh Adam Nor Azlin namun tidak mendapat perhatian pengadil.

HAMPIR! Perak hampir berjaya menjaringkan gol selepas Thiago Aquino yang tidak dikawal ketika sepakan percuma berjaya menanduk cuma ia ditepis oleh Norazlan Razali dan susulan gagal dihasilkan oleh Gilmar Da Silva.

Gilmar kemudiannya datang lagi selepas beliau menerima backheel dari Thiago tetapi percubaannya disekat.

Leonardo Dos Santos hmpir menewaskan Norazlan apabila percubaan beliau ditepis penjaga gol itu.

Thiago sekali lagi mencuba, kali ini menerusi sepakan gunting selepas menerima hantaran lintang.

10 minit pertama nyata merupakan mimpi ngeri buat Selangor apabila dihujani pelbagai percubaan dari pasukan Perak.

Mujur, Norazlan tangkas menghalang pelbagai percubaan.

Sepakan percuma Nazrin Nawi cukup mengelirukan dan hampir menembusi jaring tetapi Norazlan bersedia menepis keluar bola.

Sepakan percuma dari Leandro terus ke dakapan Norazlan.

Selangor memperoleh percubaan mereka yang pertama menerusi Rufino Segovia namun tandukan melambung beliau tidak menepati sasaran.

Pengadil Nafeez Abd Wahab nampaknya cukup sibuk kerana perlawanan sering kali diberhentikan kerana banyak terjahan keras berlaku.

Gambar: Perak TBG

Nasir Basharudin mempunyai peluang untuk menjaringkan gol dari jarak 20 meter namun rembatan beliau melewati palang gol.

HAMPIR! Forkey Doe hampir saja menjaringkan gol dari sudut sukar tetapi lencongan beliau tidak begitu menjadi dan tersasar.

Sepakan percuma Hafiz Kamal melepasi palang gol.

Percubaan Rufino hampir memberikan gol buat Selangor namun Hafizul Hakim berjaya menghalang bola itu keluar.

Tandukan Rufino sekali lagi mengucar-kacirkan pintu gol Perak. Mujur, Hafizul tenang menangkap bola itu.

Rembatan leret Gilmar tidak begitu bahaya dan kemudiannya terus ke dakapan Norazlan.

Separuh masa pertama menyaksikan Perak cukup menguasi permainan dengan banyak percubaan menarik dihasilkan oleh mereka.

Selangor lambat ‘panas’ dalam perlawanan ini, selepas 20 minit perlawanan barulah mereka mula selesa dengan permainan di atas padang.

Separuh masa kedua

Separuh masa kedua dimulakan dengan tempo yang sedikit perlahan berbanding separuh masa pertama.

Rufino memperoleh peluang untuk menjaringkan gol namun rembatan kaki kirinya tersasar dari pintu gol.

Gerakan solo Andik Vermansah dari tengah padang hampir memberikan gol kepada Selangor namun percubaan beliau disekat Shahrom Kalam.

KAD MERAH! Andik dilayangkan kad merah selepas beliau melakukan terjahan lewat terhadap Zaquan Adha.

Perlawanan menyaksikan lambungan bola jauh banyak menghiasi perlawanan ini.

GOL! Forkey Doe memberikan gol pertama perlawanan selepas berjaya mencuri bola dari Shahrom dan beliau melambungkan bola dari jarak 25 meter menewaskan Hafizul pada minit ke-62.

Perak cuba memberikan respon segera menerusi Gilmar namun tandukannya melambung tinggi.

Rembatan padu Amirul Azhan dari luar kotak penalti berjaya ditolak Norazlan untuk memastikan tiada jaringan penyamaan dilakukan.

Suasana panas berlaku apabila pengadil memberikan sepakan percuma kepada pasukan Perak. Amri Yahyah yang dipersalahkan pengadil berang lantas diberikan kad kuning.

Suasana tegang kembali lagi selepas Norazlan rebah mengalami kecederaan.

Perak hampir memperoleh gol penyamaan tetapi tandukan dari Hadi Yahya tidak menepati sasaran.

Suasana tegang berterusan dengan penyokong-penyokong Perak berang dengan pemain Selangor yang sering rebah kerana mengalami kekejangan atau kecederaan.

Tekanan terus diberikan pasukan Perak untuk mencari gol penyamaan, Selangor terus bertahan memandangkan mereka kekurangan seorang pemain.

Zaquan Adha mempunyai peluang terbaik untuk menjaringkan gol namun rembatan beliau melambung tinggi dari dalam kotak penalti!

DIBATALKAN! Gol Perak dibatalkan Pengadil selepas pengadil mendapati Hadi berada dalam kedudukan ofsaid.

Perak sekali lagi mempunyai peluang untuk menjaringkan gol penyamaan namun Shahrom berada dalam kedudukan ofsaid.

Sepakan percuma Hafiz Kamal pada masa kecederaan tersasar dari sasaran.

Tandukan dari pemain Perak hampir menembusi pintu gol Selangor namun terus ke Norazlan.

Walaupun menguasai perlawanan, namun Perak gagal menjaringkan gol sebaliknya 1 kesilapan yang diambil dari Selangor memberikan gol kemenangan buat mereka.

Keputusan penuh, Perak 0-1 Selangor.

Kesebelasan utama

Perak: Hafizul Hakim (penjaga gol), Shahrom Kalam (ketua pasukan), Thiago Aquino, Nazirul Naim (Hadi Yahya), Amirul Azhan, Zaquan Adha, Nasir Basharudin, Nazrin Nawi (Jasazrin Jamaludin), Hafiz Kamal, Leandro Dos Santos, Gilmar Da Silva

Selangor: Norazlan Razali (penjaga gol), Razman Roslan (ketua pasukan), Ugo Ukah, Adam Nor Azlin, A. Namathevan, Saiful Ridzwan Selamat (S. Veenod), Amri Yahyah (Fairuz Abdul Aziz), Raimi Mad Nor, Andik Vermansah, Forkey Doe (Halim Zainal), Rufino Segovia

Pegawai perlawanan

  • Pengadil: Nafeez Abd Wahab
  • Pembantu Pengadil 1: Zairul Khalil Yan
  • Pembantu Pengadil 2: Junaidy Abd Samad
  • Pengadil ke-4: Faizuddin Ismail

Kepada penyokong-penyokong Selangor Darul Ehsan!

Anda boleh mendapatkan jersi Selangor 2017 yang asli (player issue) secara online di laman e-dagang Semuanya BOLA. Malah kami juga ada jersi penjaga gol Selangor musim 2017! Klik link di bawah untuk mula membeli:

SBX – Selangor 2017
SBX – Selangor 2017
SBX – Selangor 2017

Dapatkannya cepat-cepat! Ini kerana stok cepat habis!

Mulakan gaya hidup aktif anda bersama SBX, laman e-dagang Semuanya BOLA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN