Legenda terhebat sepanjang zaman Arsenal, Arsene Wenger memberi cadangan kepada mana-mana bakal pengurus Chelsea supaya meletakkan klausa khas dalam kontrak mereka sebelum menerima tawaran untuk mengendalikan kelab dari London itu.
Chelsea pada ketika ini tidak dinafikan lagi sememangnya sedang melalui musim yang sangat mendukacitakan dalam semua pertandingan dengan mereka baru sahaja mencatatkan kekalahan keempat berturut-turut awal pagi tadi.
Dari tujuh perlawanan terakhir, Chelsea hanya mampu mencatatkan dua keputusan seri sahaja dan lima kekalahan, ia jelas sekali satu keputusan yang tak sepatutnya dicatatkan oleh pasukan gergasi dari London itu.
🤔 "Would you ever put up with an owner of a club you were coaching going into the dressing room after a game?"
❌ "No I wouldn't. That was always clear and always in my contract."
Arsene Wenger reveals he is worried for Chelsea 👀#beINUCL #UCL pic.twitter.com/VQBSo5k4fQ
— beIN SPORTS (@beINSPORTS_EN) April 18, 2023
The Blues mencatatkan kekalahan kedua berturut-turut bertemu Real Madrid awal pagi tadi, seterusnya mengakhiri perjalanan mereka dalam saingan Champions League musim ini.
Dua gol jaringan Rodrygo pada aksi babak kedua dalam perlawanan tersebut mengesahkan kemenangan 2-0 Real Madrid menewaskan Chelsea, seterusnya melayakkan mereka ke peringkat separuh akhir dengan keputusan aggregate 4-0.
Pemilik baharu Chelsea, Todd Boehly yang baru sahaja membeli kelab dengan nilai £4.25bn itu jelas sekali sangat marah dan kecewa melihat kelabnya melalui musim yang sangat mengecewakan pada musim ini.
Boehly bahkan turut mengamuk dalam bilik persalinan Chelsea selepas tamat aksi kekalahan 2-1 mereka bertemu Brighton di Stamford Bridge kemarin.
Arsene Wenger offers contract tip to next Chelsea boss in defiant Todd Boehly stance #CFC https://t.co/49Mi0JUVDn
— Express Sport (@DExpress_Sport) April 19, 2023
Menurut laporan dari pelbagai sumber, Boehly turut menghentam teruk salah seorang pemain dari skuad The Blues ketika pertemuan mereka di bilik persalinan itu.
Bekas pengurus Bayern Munich, Julian Nagelsmann dan bekas pengurus Barcelona, Luis Enrique dilaporkan menjadi calon kegemaran untuk dilantik menjadi pengurus tetap Chelsea menjelang bermulanya musim baharu nanti.
Wenger kini tampil memberi cadangan kepada calon pengurus Chelsea itu supaya meminta klausa khas dalam kontrak mereka bagi mengelakkan campur tangan dari Boehly.
Arsene Wenger menegaskan yang klausa itu perlu ada dan jika tidak, jelas sekali Boehly akan mengganggu urusan mereka sepanjang mengendalikan kelab.
Ketika ditanya adakah beliau akan membenarkan pemilik kelab untuk bercakap di dalam bilik persalinannya, Wenger menjawab:
UCL: I’m worried for Chelsea – Wenger laments after Blues’ defeat to Real https://t.co/722hwBFGg7
— Daily Post Nigeria (@DailyPostNGR) April 19, 2023
“Tidak, saya tak akan benarkan, itu memang sentiasa saya pertahankan.”
“Saya memang sentiasa meletakkan itu dalam kontrak saya. Nasihat saya kepada jurulatih muda, ketika mereka mahu membuat kontrak, saya boleh katakan buatlah sesuatu yang penting untuk kamu, letakkan itu jelas-jelas dalam kontrak kamu, jadikan kamu satu-satunya, tidak ada sesiapa boleh beli pemain tanpa persetujuan kamu, tak ada siapa boleh campur urusan skuad.”
“Hanya kamu satu-satunya yang bertanggungjawab untuk menguruskan pasukan.”
“Selepas itu, kamu akan berada dalam situasi yang berbeza kerana kebiasaannya, ketika kelab itu mahukan kamu, maka kamu sebenarnya dalam posisi yang sangat kuat.”
“Sebaik kamu kalah tiga perlawanan dan kamu mahu letakkan itu dalam kontrak kamu, ia akan menjadi semakin sukar.”
Wenger kemudiannya menambah lagi dengan menyatakan:
Arsene Wenger advises Chelsea's next manager to include special 'Todd Boehly' contract clause#Chelseahttps://t.co/yv9n0Q2muR pic.twitter.com/Ywg1BVY4j1
— SportsDias (@SportsDias) April 19, 2023
“Jadi, sekali lagi, soal comeback… saya tak percaya hal macam ini kerana jika saya dibayar untuk memotivasikan skuad, untuk menguruskan mereka, saya tak mahu orang lain buat kerja saya.”
“Ia terlalu kerap berlaku yang mana presiden terus masuk ke bilik persalinan dan bercakap hal yang tak sepatutnya, tapi pasukan itu menang kerana mereka pasukan yang bagus, tapi dia fikir mereka menang kerana dengar kata-kata dia.”
“Ia bukanlah kerana termotivasi dengan kata-kata mereka, kebiasaannya mereka menang kerana kualiti yang mereka ada.”