Penyokong Chelsea Percaya Yang Frank Lampard Bakal Bawa UCL Ke Stamford Bridge

Penyokong Chelsea yakin dan percaya yang legenda mereka, Frank Lampard akan mampu untuk membantu The Blues menjuarai saingan Champions League musim ini.

Frank Lampard telah sah dilantik sebagai pengurus interim kelab, dan kehadiran beliau sepertinya membuatkan para penyokong sangat teruja.

Beberapa hari yang lalu, Chelsea telah mengumumkan Frank Lampard sebagai pengurus interim mereka dan legenda kelab itu akan menguruskan kelab sehingga akhir musim ini.

Lampard dilantik menjadi pengurus interim selepas pihak kelab memutuskan untuk memecat Graham Potter pada awal minggu lalu.

Bekas pengurus Brighton itu dipecat selepas tujuh bulan mengendalikan Chelsea dengan beliau sepertinya gagal untuk memenuhi kehendak yang ditetapkan oleh pihak kelab.

Graham Potter hanya mampu mencatatkan 12 kemenangan sahaja dari 31 perlawanan dan kerana itulah pihak kelab terpaksa memutuskan untuk memecat beliau.

Chelsea pada ketika ini sedang berada di kedudukan ke-11 dalam carta saingan liga, dengan mereka hanya mampu mengumpul 39 mata sahaja dari 29 perlawanan.

Melihat kepada kedudukan semasa mereka, sepertinya agak sukar sebenarnya untuk melihat mereka mampu layak ke saingan Eropah musim hadapan.

Peminat dan kelab sendiri jelas sekali sangat berharap agar Frank Lampard akan mampu memberikan sesuatu kepada kelab pada penghujung musim ini, namun melihat kepada rekod pengurusan beliau, hal itu sepertinya agak sukar untuk berlaku.

Beliau pernah dipecat oleh Chelsea pada tahun 2021 lalu selepas 19 bulan menggalas tugas sebagai pengurus kelab.

Lampard meninggalkan Stamford Bridge dengan mencatatkan rekod kemenangan kedua paling teruk di era Roman Abramovich.

Beliau kemudiannya dilantik menjadi pengurus Everton pada Januari 2022 dan Lampard sepertinya gagal untuk memberikan impak seperti yang diharapkan di Goodison Park.

Beliau meletakkan Everton di zon penyingkiran dan kerana itulah beliau turut dilepaskan oleh kelab dari Merseyside itu.

Namun begitu, penyokong-penyokong Chelsea sepertinya tidak peduli tentang rekod tersebut, dengan mereka masih percaya yang legenda kelab itu bakal mampu membawa The Blues untuk menjuarai saingan Champions League musim ini.

Sebelum Lampard diumumkan secara rasmi sebagai pengurus interim kelab, peminat sudah mula meluahkan keterujaan mereka di laman media sosial.

“Apa saja yang kamu dengar tentang khabar angin berkait Lampard. Dia berhak berada di sini. Saya sepenuhnya mendukung dia hingga akhir musim ini.”

“Saya lebih sanggup melihat Chelsea tersingkir di bawah kendalian Frank Lampard berbanding melihat Potter terus berada di sini, Ya, saya sangat bias jika bercakap tentang Super Frank, UCL ke tiga semakin menghampiri.”

“Tidak perlu mengejar empat teratas dalam saingan liga, kerana kita akan layak ke UCL musim hadapan sebagai juara saingan UCL musim ini.”

Peminat juga turut bercakap tentang bagaimana gemilangnya karier 13 tahun Frank Lampard bersama Chelsea, dengan legenda kelab itu berjaya membantu The Blues menjuarai tiga gelaran Premier League, empat gelaran FA Cup dan satu gelaran Champions League.

“Legenda sudah kembali ke Stamford Bridge, kamu semua juga tentu gembira.”

“Lampard sudah kembali. Ini yang membuatkan saya semakin sayang kepada Chelsea.”

Ada juga peminat yang mengakui bahawa Lampard mungkin bukanlah pengurus yang hebat, namun beliau yakin legenda kelab itu akan mampu berikan yang terbaik kali ini.

“Ini adalah rundingan yang baik untuk Chelsea. Lampard bakal mengejutkan semua orang.”

Untuk memenuhi harapan penyokong, Lampard jelas sekali perlu melakukan sesuatu untuk membantu Chelsea menyingkirkan Real Madrid di peringkat suku akhir saingan UCL.

Bayern Munich atau Manchester City bakal menjadi lawan Chelsea di peringkat separuh akhir, andai mereka berjaya menyingkirkan Los Blancos.

Seandainya The Blues berjaya layak hingga ke perlawanan akhir, mereka berpotensi untuk berdepan antara Napoli, AC Milan, Inter Milan atau Benfica.

Adakah Lampard akan mampu untuk membantu Chelsea menjuarai saingan Champions League musim ini? Bincangkan diruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN