Emma Watson Bakal Sertai Manchester United

Emma Watson Manchester United

Bakat luar biasa dimiliki oleh pemain remaja wanita Scotland, Emma Watson telah mencuri perhatian Manchester United yang mahu menandatangani penyerang berusia 17 tahun itu pada jendela perpindahan musim panas akan datang.

Pasukan pemantau bakat United percaya bakat Watson boleh terus dikembangkan dan menjadi perancangan jangka masa panjang kelab.

Pemain remaja tersebut sudah pun berada dalam radar United ketika usianya baru 16 tahun, tetapi beliau mahu kekal di Rangers terlebih dahlu bagi mendapatkan lebih banyak minit permainan bersama skuad utama.

Watson telah dipanggil untuk beraksi bersama skuad utama Scotland bagi perlawanan antarabangsa menentang Australia dan Costa Rica selepas cemerlang bersama Rangers musim ini.

Beliau kerap dimasukkan sebagai pemain gantian dan mula diberikan peluang beraksi sebagai pemain kesebelasan utama dalam dua aksi terakhir Liga Perdana Wanita Scotland.

Beberapa jaringan yang dihasilkan membuktikan Watson telah bersedia untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam karier dan beliau dilaporkan sedia untuk menyertai Manchester United.

Laporan daripada Daily Mail mendedahkan tawaran telah pun dibuat kepada Rangers dan United sudah dibenarkan untuk berbincang dengan wakil pemain untuk rundingan kontrak.

Beberapa tahun kebelakangan ini, United dilihat begitu aktif untuk mengumpul bakat-bakat muda bola sepak wanita selepas mengikat Carrie Jones berusia 17 tahun dari Cardiff, Grace Clinton (20) dari Everton dan Evie Rabjohn (18) dari Aston Villa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN