Nafuzi Zain Beri Sebab Kedah Tewas Kali Ke-2 Dalam 10 Hari

Nafuzi Zain Kedah tewas beri sebab

Selepas dibenam Johor Darul Ta’zim (JDT), Kedah Darul Aman tewas pula kepada KL City dan Nafuzi Zain ada sebab mengapa ia boleh berlaku.

Pada 9 April lalu, Sang Kenari yang berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) tumpas 0-6 kepada JDT. Sementara dalam aksi malam tadi, KL City bangkit untuk tundukkan mereka dengan keputusan 3-2 di Darul Aman.

Ini kali ketiga Kedah tewas – kali kedua di depan penyokong sendiri. Sebelum ini mereka ditewaskan PDRM dengan keputusan 1-0 pada awal Mac.

Selepas sembilan perlawanan, mereka berada di kedudukan ke-4 Liga Super 2023 dengan mengumpul 16 mata, tiga mata di belakang Sri Pahang.

Nafuzi: Kita bernasib baik mendahului awalnya

Apa lagi yang mampu diungkapkan pengendali, Nafuzi Zain tentang prestasi para pemainnya. Segalanya tidak memihak kepada pemainnya, malam tadi.

Apa yang saya nampak terutamanya daripada pemain saya adalah usaha untuk menang itu tak cukup. Usaha pemain untuk lebih daripada pemain KL City, nampak kita kurang sikit,” ungkapnya di sidang media sejurus aksi.

Dari segi bertahan, pemain kita kurang sikit. Kita boleh tengok, bila KL City ‘counter attack’ sahaja, ia jadi bahaya. Kita bernasib baik mendahului walaupun kita tidak bermain dengan baik,” tambahnya dalam nada kecewa.

Hanya 18 minit Sang Kenari diberikan ruang mendahului perlawanan hasil jaringan bek tengah, Bojan Ciger. Romel Morales mengikat kedudukan pada minit ke-48. Sebelum itu, Paulo Josue menjaring gol pertama pelawat di minit ke-11, diikuti penyamaan oleh Jonathan Balotelli, minit ke-25.

Babak kedua, terlalu awal kita bolos. Apabila 2-2, kita semakin tertekan. Kita dapat tengok gol ketiga hasil kesilapan individu di pertahanan. Kita tidak cukup bagus untuk malam ini,” akui Nafuzi prestasi pasukannya.

Nafuzi turut memberikan sebab lain selain usaha iaitu dari segi keberanian dan keyakinan untuk bermain nampak tidak cukup daripada pemain.

Tidak main berpasukan, persefahaman kurang

Nampak kita bermain dalam tekanan. Banyak kekurangan kita dalam perlawanan ini,” ungkap pengendali berusia 44 tahun itu lagi tentangnya.

Dari segi komunikasi, dari segi kerjasama nampak seperti kita tidak bermain berpasukan. Persefahaman dan kombinasi antara satu sama lain juga kurang. Untuk bersaing dengan persembahan dan semangat macam ini, sukarlah,” jelas Nafuzi apabila ditanya kekurangan permainan mereka.

Keyakinan [pemain] adalah sesuatu yang tidak boleh dibeli, kita tidak boleh nak ajar. Benda lain dalam bola sepak, kita boleh ajar. Kita kekurangan di situlah sebenarnya,” jelasnya lanjut mengenai prestasi para pemainnya.

Kekecewaan Nafuzi jelas apabila gagal mengutip mata penuh, namun sedar akan kemampuan para pemainnya yang tidak mampu memberi saingan.

Selepas rehat sambutan hari raya, Kedah akan bertemu dengan Negeri Sembilan sebelum menanti kunjungan Kelantan di Darul Aman pada 19 Mei.

Tempoh rehat yang panjang perlu dimanfaatkan Kedah untuk memperbaiki segala isu yang digariskannya agar mereka kembali ke landasan semula.

Apa jua sebab yang diberikan Nafuzi di sidang media yang menjadi punca Kedah tewas perlu dilihat semula oleh para pemain untuk aksi selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN