Azzmi Aziz Akui Itu Sahaja Cara PDRM Catat Bolos Terendah Berdepan JDT

Azzmi Aziz JDT PDRM bolos terendah

PDRM menjadi pasukan pertama merekodkan bolos terendah berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Liga Super 2023 selepas sembilan aksi.

Mereka tewas tipis 0-1 kepada JDT dalam aksi yang berlangsung di Stadium MBPJ selepas Fernando Forestieri meledak gol kemenangan pelawat hanya selepas sejam perlawanan berlangsung, malam tadi.

JDT tampak sangat rakus dalam pentas liga musim ini apabila menjadikan setiap lawan sebagai mangsa ratahan, tidak kira apa jua status mereka.

Antara pasukan hebat yang mudah ditundukkan mereka adalah seperti Kedah Darul Aman, Negeri Sembilan, Sabah, KL City dan Selangor.

Ramai menjangkakan PDRM akan jadi mangsa terburuk apabila pasukan tersebut tiada langsung pemain-pemain ternama membarisi skuadnya.

Sebaliknya berlaku apabila ‘The Cops’ melakar sejarah tersendiri apabila JDT yang tampak bergelut untuk meledak waima satu jaringan sekalipun.

Kita tahu JDT adalah satu pasukan yang amat hebat, memang kita tak boleh bermain secara terbuka menentang mereka, walau apa pun keadaan kita kena bertahan,” ujar pengendali, Azzmi Aziz dalam sidang media.

Sebelum ini pun beliau sudah mendedahkan kepada media yang hanya bertahan sahaja solusi terbaik untuk berdepan pasukan ampuh seperti JDT.

Namun, mereka tidak hanya bertahan setiap masa, malah beliau berkata, “Tetapi kita cuba keluar apabila kita dapat peluang dan ia hanya tiba beberapa kali sahaja tetapi saya rasa ia keputusan yang baik buat kita.

Tetapi ada juga yang berpendapat, main bertahan dengan JDT tidak akan menyelesaikan masalah malah boleh memburukkan lagi situasi pasukan.

Ia bergantung sebenarnya kepada bagaimana tahap mentaliti pasukan dan bagaimana persefahaman di kalangan pemain sepanjang perlawanan.

Selain itu, prestasi cemerlang penjaga gol muda, Nor Hakeem Hamidun banyak menyelamatkan mereka, malah berjaya menafikan satu penalti pada minit ke-44 oleh Bergson da Silva. Malah, percubaan oleh Forestieri dan Leandro Velazquez turut telah dinafikannya untuk mengecewakan JDT.

Hakeem sebenarnya bermain untuk pasukan B-23 dan kita cuba lakukan rotasi pemain pada hari ini untuk beri dia peluang bermain di Liga Super. Bagi saya dia ambil peluang dengan sangat baik dan menggunakan kesempatan ini untuk menunjukkan kualitinya,” ujar Azzmi lagi mengenai perlawanan.

Bolos satu gol berdepan JDT ini juga merupakan rekod bolos terendah PDRM selepas melalui sembilan perlawanan di saingan liga musim ini.

Walaupun menang tipis, JDT masih kukuh di persada liga selepas melakar kemenangan kesembilan berturut-turut, lima mata di depan Selangor.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN