Watford Sambar Pape Gueye Dari Le Havre Secara Pra-Kontrak

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Watford telah menandatangani pemain muda Perancis, Pape Gueye secara perjanjian pra-kontrak yang menyaksikan pemain tengah Le Havre itu tiba di Vicarage Road pada 1 Julai akan datang.

Pemain berusia 21 tahun itu boleh meninggalkan kelab Ligue 2 itu secara percuma apabila kontraknya tamat pada musim ini selepas membuat 25 penampilan dalam semua pertandingan.

Gueye menyertai akademi Le Havre pada 2012 ketika berusia 13 tahun dan berjaya menembusi skuad senior pada Mei 2017 dan menandatangani kontrak profesional pertamanya sebulan selepas itu.

Beliau yang dikenali dengan corak permainan berdisiplin di posisi tengah bertahan telah membuat penampilan bersama skuad kebangsaan Perancis bawah 18 dan 19 tahun sejak 2017.

‘Watford berbesar hati mengesahkan kami telah menandatangani pemain tengah Peranis, Pape Gueye,” kata kelab London dalam kenyataan rasminya.

“Dengan kontrak Gueye bersama kelab Perancis Ligue 2, Le Havre akan tamat pada musim panas ini, perjanjian rasmi secara pra-kontrak telah pun selesai dipersetujui dan diserahkan kepada pihak autoriti yang berkenaan.”

https://twitter.com/Jack_Law1999/status/1255437998767910914?s=20

Kerajaan Perancis pada Selasa telah menamatkan saingan liga domestik di negara tersebut berikutan penularan wabak COVID-19 yang menyebabkan semua pertandingan bola sepak di Eropah ditangguhkan sejak pertengahan Mac lepas.

Saingan EPL juga kini masih tergantung di mana The Hornets kini sedang bergelut di tangga ke-17 dalam kedudukan liga, hanya dipisahkan dengan perbezaan gol dari zon penyingkiran dengan hanya sembilan perlawanan berbaki.

Namun Watford menjadi satu-satunya pasukan yang berjaya menewaskan Liverpool pada musim ini dan meleburkan rekod tanpa kalah pendahulu liga itu.

Kredit Foto: Watford FC

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Watford:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN