Wartawan ‘Otai’ Ini Dedahkan Pengalaman Kerap ‘Dikencing’ Pemain Tempatan

Rodly Fadly Wartawan Pemain

Dalam dunia bola sepak, hubungan pemain atau jurulatih dengan wartawan sukan adalah bagai aur dengan tebing. Kedua-dua saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan karier masing-masing.

Bagaimanapun seorang wartawan veteren, Rodly Fadly dalam satu hantarannya di Facebook telah menzahirkan kekecewaannya terhadap sikap sebahagian pemain tempatan yang ‘dingin’ terhadap wartawan terutama bagi yang kononnya bergelar ‘pemain bintang’.

Menurut Rodly atau lebih senang disapa sebagai Abang Rod, sepanjang berpuluh tahun pengalamannya berkecimpung dalam dunia kewartawanan bola sepak di Malaysia, beliau mengakui telah banyak kali ‘dikencing’ oleh pemain tempatan.

“Ada yang langsung tak nak jawab telefon, mungkin takut along, ceti, bookie atau scammer. Tapi ada yang saya whatsapp, perkenalkan diri pun ‘haram’ nak balas,” ujar Presiden Kelab Alumni Karangkraf itu.

Rodly Fadly ditugaskan membawa Allahyarham Sudirman Hj Arshad yang pernah bertugas sebagai penulis untuk Karangkraf ke rumah pemain legenda Singapura, Fandi Ahmad di Bukti Antarabangsa pada tahun 1987.

Rodly turut mengimbas pengalaman dipermainkan oleh seorang pemain yang membiarkannya menunggu berjam-jam di lobi hotel dengan alasan mahu mandi sebentar dan akan turun semula untuk ditemubual.

Beliau yang datang jauh beratus-ratus kilometer dari Kuala Lumpur akhirnya hampa apabila pemain berkenaan tidak menunaikan janjinya.

Namun apabila baru-baru ini negara digemparkan dengan keadaan pemain tersebut yang sedang dalam kesusahan, terdetik perkataan ‘padan muka kau’ dan beliau mengakui ungkapan tersebut tidak sepatutnya terlintas dalam hatinya.

“Bila saya ‘call‘ dia tak jawab, akhirnya batang hidung pun tak nampak, mungkin dah tidur nyenyak. Ketika itu namanya memang tengah meletop. Rupa-rupanya bukan saya seorang di’kencing’nya, ada kawan wartawan lain yang juga pernah terkena.

“Bila baru-baru ini kecoh tentang kisah kesusahannya, ada kawan whatsapp saya dan tulis ‘itulah dulu sombong sgt’. Bermakna bukan saya seorang sahaja yang masih berparut luka di hati,” katanya lagi yang tidak mendedahkan nama pemain berkenaan.

Bekas wartawan Berita Harian itu kemudian membandingkan sikap terpuji sebahagian pemain dan jurulatih import yang menurutnya sangat menghargai persahabatan dengan wartawan yang memberi publisiti kepada mereka. Mungkin kerana peluang tersebut tidak mereka perolehi di negara mereka sendiri kerana mereka bukan sesiapa di sana.

“Ramai pemain import yang sudah tidak bermain di sini masih menghantar whatsapp kpd saya untuk bertañya khabar sedangkan hakikatnya mereka tidak ‘perlukan’ saya lagi. Bagi wartawan senior seperti saya, sapaan seperti ‘Hello friend, how are you?’ sudah memadai utk berasa diri sangat dihargai.”

Beliau kemudian memberikan contoh pemain Selangor, Sandro da Silva Mendonca dan bekas jurulatih Kedah, Ramon Marcote adalah dalam kalangan mereka yang kerap menyapa dan bertanya khabar kepadanya sebagai tanda menghargai persahabatan yang telah terbina.

Bagaimanapun Rodly tetap mengakui masih ada pemain dan jurulatih tempatan yang sangat merendah diri dan ramah seperti Azmeer Yusof, Tan Cheng Hoe, B. Satiananthan, Zainal Abidin Hassan, Mat Zan Mat Aris dan lain-lain yang kerap memberikan ucapan kepadanya setiap kali menjelang sesuatu perayaan.

Kredit Foto: Rodly Fadly

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN