Sandro Mendonca Korban Cuti Perayaan Krismas Demi Kejar Kejuaraan Bersama Selangor

Sandro Mendonca sanggup berkorban cuti perayaan Krismas dan sambutan Tahun Baru demi memastikan Selangor meraih sekurang-kurangnya satu trofi pada musim ini.

Walaupun berusia 36 tahun dan dianggap veteran, pemain import dari Brazil itu tetap gigih mempersiapkan dirinya, dan kini berada di tahap terbaik untuk membantu The Red Giants merealisasikan impian tersebut.

“Saya berpendapat kerana itulah saya diberi sambungan kontrak baharu,” ujar Sandro ketika bercakap kepada The Star.

Sebelum ini Sandro tidak berkesempatan meraikan Krismas dan Tahun Baru bersama keluarganya di Fortaleza, Brazil selepas Selangor hanya memberikan pelepasan selama empat hari.

“Benar, ia amat sukar buat saya kerana kebiasaannya pada Krismas dan Tahun Baru saya akan bersama keluarga.

“Ia adalah perkara yang sukar buat keluarga dan saya, namun semua pihak harus menghormati peraturan yang ditetapkan oleh kelab.

“Saya harus bekerja keras bersama-sama rakan sepasukan dan barisan kejurulatihan pada pra musim. Saya juga harus mengenali barisa pemain baharu yang baru bersama pasukan.

“Keluarga sentiasa menjadi keutamaan buat mana-mana atlet kerana melalui mereka, kami akan menemui ketenangan.

“Saya sayangkan keluarga saya, mereka adalah sumber kekuatan kepada kejayaan yang dicapai.

Walaupun sedih tidak bersama keluarga pada perayaan Krismas dan Tahun Baru, bola sepak juga sentiasa memberi kegembiraan kepada Sandro.

Walaupun sudah berusia 36 tahun dan dianggap veteran, keyakinan barisan kejurulatihan Selangor terhadap pemain ini bukanlah perkara yang mengejutkan.

Pada musim lalu, Sandro beraksi dalam 26 perlawanan untuk Selangor dan berjaya menghasilkan sembilan gol.

Lebih menarik, beliau yang beraksi sebagai penyerang ketika permulaan karier bersama Kedah menghasilkan 10 bantuan gol untuk Selangor dari bahagian tengah.

Sandro
FOTO: MFL

“Musim lalu kami menamatkan saingan liga [Liga Super 2019] di kedudukan ketiga. Namun kami mungkin mampu memberikan yang lebih baik di pertandingan piala [Piala FA dan Piala Malaysia].

“Musim baru ini, saya berharap [Selangor] mampu memenangi mana-mana kejuaraan yang disertai. Kami mempunyai pasukan yang kuat dan kompetitif.

“Sudah tentu banyak kerja keras harus dilakukan, dan pasukan ini memerlukan sokongan dari setiap pihak terutamanya penyokong,” tambah beliau lagi.

Walaupun berada di usia yang dianggap senja di dalam karier bola sepak, Sandro tetap bersemangat memastikan karier beliau melalui saat-saat gemilang.

“Kita akan lihat apa perancangan Tuhan untuk masa hadapan saya. Saya mahu semua mengingati saya bukan sekadar sebagai pemain bola sepak, tetapi juga sebagai seorang individu.

Sandro, Selangor
FOTO: MFL

“Saya mahu bertindak secara profesional dalam setiap pekerjaan, dan turut mahu menjadi contoh untuk pemain muda di dalam dan juga di luar padang.

“Saya selalu berkata usia hanya sekadar angka. Tua atau muda, anda boleh melakukannya.

“Setiap tahun saya telah membuktikan semuanya mustahil jika anda memiliki disiplin, hormat, dan suka dengan pekerjaan yang anda lakukan,” jelas beliau lagi.

Selangor, Sandro, Syazwan
FOTO: MFL

Sandro Mendonca mulai beraksi di Liga Malaysia bersama pasukan Kedah sebagai pemain No.9 pada 2015. Ketibaan Ken Ilso menyaksikan posisi beliau diubah sebagai No.10 atau penyerang kedua.

Bersama-sama Selangor pada musim lalu, Sandro turut beraksi sebagai sayap penyerang di sebelah kiri, No.10 dan turut memperkuatkan barisan tengah pasukan, bergandingan dengan Endrick dos Santos.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN