Wan Kuzain Cemerlang Di Amerika Syarikat, Jaring 2 Gol Untuk Sporting KC Academy

Wan Kuzain Wan Kamal meneruskan pembangunan bakatnya apabila mempamerkan aksi cemerlang bersama pasukannya ketika ini di Amerika Syarikat iaitu akademi Sporting Kansas City atau Sporting KC Academy.

Dalam perlawanan yang menyaksikan Sporting KC Academy menentang Bolton Bolts, pasukan yang diwakili oleh Kuzain berjaya menewaskan pasukan lawan dengan jaringan 5-2.

Apa yang menariknya, Kuzain merupakan antara pemain yang menjaringkan gol dalam perlawanan itu dengan menyumbang 2 gol.

Gol pertama Kuzain hadir pada minit ke-31 apabila beliau menyudahkan hantaran rakan sepasukan dengan melakukan penyudah dari jarak jauh untuk menewaskan penjaga gol.

Manakala gol peribadi kedua beliau dalam perlawanan ini hadir pada minit ke-57.

Gol tersebut hadir menerusi penyudah mudah pemain itu selepas menerima hantaran dari rakan sepasukan yang melakukan cut-back kepada beliau.

Namun malang sekali apabila setakat artikel ini ditulis tiada sebarang video sorotan untuk perlawanan ini.

Sporting KC Academy diwakili Kuzain kini berada di kejohanan US Soccer Academy Play-off 2017 yang menghimpunkan pelbagai akademi bola sepak di Amerika Syarikat.

Tahniah Kuzain, semoga terus cemerlang!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN