EURO Bawah 21 : England Mara, Sweden Masih Menunggu

Demarai Gray, Jacob Murphy dan Lewis Baker masing-masing menyumbangkan 1 gol untuk memastikan kemenangan ke atas Poland pagi tadi.

Kemenangan itu turut mengesahkan kemaraan England untuk layak ke separuh akhir kejohanan ini yang menyaksikan juara bagi setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir.

Demarai Gray memberikan England jaringan pendahuluan seawal minit ke-6. Jacob Murphy pula menambah gol kedua pada minit ke-69.

Gol terakhir England dihasilkan oleh Lewis Baker pada minit ke-82 perlawanan.

Slovakia masih menunggu

Meskipun berjaya membenam Sweden dengan keputusan 3-0, mereka perlu menunggu dua kumpulan lagi yang akan menamatkan saingan. Hal ini berikutan hanya satu pasukan sahaja daripada 3 pasukan tempat kedua terbaik setiap kumpulan akan mara ke separuh akhir.

Gol Slovakia diperolehi melalui Martin Chrien pada minit ke-5. Jaroslav Mihalik menjaringkan gol pada minit ke-22.

Lubomir Satka menambah gol terakhir buat Slovakia pada minit ke-73 bagi melengkapkan kemenangan bergaya tersebut.

Penutup

Kumpulan B akan melabuhkan tirai aksinya lewat hari ini dengan Macedonia akan menentang menentang Portugal. Manakala Serbia membuat perhitungan bertemu Sepanyol yang sudah layak ke saingan separuh akhir.

Itali akan bertemu Jerman bagi perlawanan penutup Kumplan C sementara Republik Czech bakal berdepan Denmark.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN