5 Perkara Daripada Pasukan Hoki Yang Pasukan Bola Sepak Kita Boleh Jadikan Inspirasi

Pasukan hoki negara kita layak secara merit ke Piala Dunia dalam sistem kelayakan yang baharu. Kejayaan ini disambut dengan rasa syukur oleh seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti rapat perkembangan cabaran skuad hoki negara di London.

Melihat kepada kejayaan pasukan Malaysia, kami senaraikan 5 perkara yang boleh pasukan bola sepak kita jadikan inspirasi dan motivasi. Lebih -lebih lagi, kita dalam usaha untuk layak ke Piala Asia.

1. Mentaliti pemenang

Mentaliti pemenang ini penting dalam mana-mana sukan. Ia akan menjadi tonik tambahan yang luar biasa. Walaupun sehebat mana pemain itu, jika tiada mentaliti seorang pemenang, mereka tidak akan bersungguh-sungguh.

Keazaman yang tinggi berjuang ini bukan hanya ketika hari perlawanan. Malah ia dibentuk dari luar padang. Di latihan, dan usaha pemain itu sendiri untuk memperbaiki diri mereka.

Kem hoki Malaysia kali ini jelas menunjukkan mereka sentiasa ada mentaliti menang yang kuat di dalam setiap perlawanan.

Kami berharap skuad Harimau Malaya menjadikan ia sebagai inspirasi bahawa jika kita fikirkan kita boleh, kita pasti boleh melakukan.

2. Adaptasi taktikal

Sukan hoki telah berubah dengan kompleks dari segi taktikal. Adaptasi ini sangat penting. Satu ketika dahulu, sukan hoki ini dimainkan di padang rumput.

Revolusi sukan hoki menyaksikan sukan ini sepenuhnya dimainkan di padang sintetik ataupun astro turf. Ia menuntut intensiti yang semakin tinggi dengan kemahiran teknikal pun perlu ditingkatkan.

Kualiti ketika menyerang dan bertahan. Taktikal untuk melengahkan gerakan lawan dan melakukan ‘breakaway’ yang berkesan. Isu ‘pace’ dan ‘space’ juga sangat mustahak.

Pemain-pemain hoki di negara kita terus kompeten untuk bersaing dengan pemain-pemain dari negara lain.

Walaupun kita tidak pernah menjulang trofi berprestij, namun pasukan hoki kita sentiasa menghadirkan cabaran kepada pasukan lain dan mara ke kejohanan peringkat yang tinggi.

Dalam arena bola sepak, isu adaptasi kepada bola sepak moden ini juga penting. Dalam bola sepak moden, pemain perlu ada kompetensi dari segi kepantasan, kebijaksanaan dan juga kreativiti.

Kredit: Football Association of Malaysia (Official)

Jika anda tidak laju berlari, anda perlu bijak di dalam padang. Jika anda tidak tajam di hadapan gol, anda perlu kreatif untuk mencipta peluang kepada pemain lain.

3. Teknik

Melihat kepada aksi pemain-pemain hoki Malaysia, ramai pemain kita memiliki skil individu yang baik. Ini termasuk penjaga gol skuad hoki kita yang cemerlang.

Apabila pemain memiliki teknik yang hebat, mereka akan memberikan kualiti tambahan kepada pasukan.

Anda pastinya teruja melihat pemain-pemain kita mengatasi para pemain lawan yang berkelas dunia. Keyakinan itu datang apabila pemain ada teknik yang baik.

Itulah yang berlaku di dalam bola sepak. Kenapa pemain-pemain Jepun dan Korea Selatan boleh bersaing dengan pasukan bertaraf dunia yang lain? Ini kerana mereka ada teknik yang baik dan baik di dalam padang.

Teknik yang betul ini perlu dibentuk dari peringkat akar umbi.

Teknik yang lemah membuatkan pemain bola sepak kerap hilang keyakinan diri apabila berada di dalam padang berhadapan dengan pasukan yang lebih baik.

4. Disiplin

Disiplin dan fokus sepanjang perlawanan. Ini akan membantu menguatkan mentaliti walaupun sedang ketinggalan ataupun beraksi di dalam tekanan.

Pemain diberitahu bahawa tiada pemain lebih besar dari pasukan, sebab itu anda perlu jaga disiplin anda.

Pemain-pemain hoki kita sentiasa berdisplin dalam mengikut arahan taktikal daripada jurulatih. Tidak mudah hilang arah di dalam padang.

Ini aspek yang harus dimiliki oleh mana-mana atlit dalam sukan terutama sekali untuk sukan berpasukan. Bola sepak juga sama.

Disiplin ini bukan sahaja merujuk kepada disiplin individu, malah merujuk kepada disiplin secara berpasukan. Komitmen di dalam dan di luar padang (contohnya ketika latihan).

5. Kualiti lebih penting dari kuantiti

Sukan hoki bukanlah sukan yang memiliki liga yang besar di negara kita. Namun di sebalik jumlahnya yang terhad, sukan ini sentiasa memiliki kualiti mengatasi kuantiti.

Kualiti pemain dan jurulatih antara aspek yang penting. Secara kasarnya, lebih ramai pemain hoki negara kita yang beraksi di liga luar berbanding dengan pemain bola sepak.

Bukanlah kita nak mencanang bahawa untuk membentuk pemain yang berkualiti, pemain perlu keluar dari Malaysia. Tetapi apa yang kami gariskan adalah, kualiti pemain kita mampu menarik pasukan dari luar untuk mendapatkan khidmat mereka.

Dalam pembentukan pasukan bola sepak yang hebat, kualiti pemain dan jurulatih termasuk pegawai teknikal yang lain sangat penting.

Walaupun kita ada jurulatih berkelas dunia tetapi kualiti pemain kita rendah, ia tetap tidak akan membantu.

Ini bukan bermakna kami mahu pihak FAM mengecilkan liga kita. Struktur liga bola sepak kita pun masih kecil berbanding dengan beberapa negara lain seperti Thailand.

Kami merasakan dengan kuantiti yang lebih besar akan memberikan lebih pilihan. Namun kualiti tetap menjadi aspek paling utama.

Rumusan

Kami berharap pasukan bola sepak kita mendapat inspirasi dan motivasi daripada kejayaan skuad hoki kita. Kita perlu realisitik, tidak perlulah kita terus bersembang tentang Piala Dunia seperti pasukan hoki kita.

Pasukan senior kita ada misi Piala Asia dan pasukan B-22 kita ada misi Sukan SEA. Kita berharap skuad bola sepak Malaysia mampu membawa semangat Speedy Tigers meresap ke dalam Harimau Malaya.

Berjuang bermati-matian di dalam padang. Kekal fokus, yakin akan kebolehan diri sendiri dan rakan-rakan di sekeliling.

Tahniah skuad hoki Malaysia, anda sedikit sebanyak telah memberikan kami motivasi secara langsung semalam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN