Wan Jamak Saran Harimau Malaya Fokus Pada Serangan Untuk Atasi Thailand

Pada perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2022 sebelum ini, skuad kebangsaan berjaya mengejutkan Thailand menerusi kemenangan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Walaupun menerima tentangan hebat daripada pasukan pelawat, Malaysia berjaya mengekalkan disiplin bertahan mereka dengan sangat baik untuk mengekalkan gol tersebut sehingga wisel penamat dibunyikan.

Kini, tugas getir bakal menanti Harimau Malaya kerana mereka perlu mengharungi 90 minit lagi aksi untuk mengetahui jika layak atau tidak mara ke final.

Menurut pengendali bola sepak berpengalaman iaitu Wan Jamak Wan Hassan, beliau menyarankan agar skuad kebangsaan tidak boleh terlalu bergantung harap kepada corak permainan bertahan.

Jelas beliau, bekalan satu gol yang diperoleh pada perlawanan jelas masih belum selamat untuk dipertahankan skuad kebangsaan di Stadium Thammasat pada hari esok.

Wan Jamak juga yakin skuad kendalian Mano Polking itu pastinya akan mencipta kebangkitan untuk memadam kelebihan skuad kebangsaan.

Untuk mengelak perkara tersebut berlaku, Wan Jamak menyarankan agar skuad kebangsaan juga mampu memberi tekanan pada pihak lawan dengan siri serangan dicipta agar tidak banyak ruang dapat dibuka Thailand.

Malah ianya akan menjadi lebih baik, jika skuad kebangsaan memperoleh gol terlebih dahulu di gelanggang lawan supaya dapat terus memberi tekanan buat mereka serta membuka lebih banyak peluang buat Malaysia untuk ke pentas akhir.

“Kalau bagi saya, istilah bertahan yang baik dalam bola sepak adalah menyerang. Ia kerana jika bertahan, berapa lama kita boleh bertahan? Jadi pertahanan terbaik adalah kita menyerang.

“Tetapi pada masa yang sama jangan lupakan pertahanan, maknanya kalau hilang bola pemain harus cepat turun kembali dan ia memerlukan disiplin yang tinggi.

“Strategi juga perlu dibuat oleh staf kejurulatihan bagaimana nak dapatkan satu gol tempat lawan sebelum Thailand membuat tindak balas.

“Maknanya apabila kita dapat satu gol, tekanan lebih kepada Thailand sebab mereka kena cari tiga gol. Jadi, satu gol itu sangat penting dan jika pemain kita dapat satu gol dalam 30 minit pertama, saya fikir peluang kita lebih besar.

“Saya percaya barisan kejurulatihan sudah membuat analisis bagaimana nak menghadapi Thailand di sana nanti. Thailand pasukan yang sangat bagus terutama dari segi hantaran dan mereka tidak takut membuat hantaran di celah dua pemain lawan,” katanya kepada BH Sukan.

Kali terakhir Malaysia melangkah ke final Piala AFFF ialah pada tahun 2018 dan sekadar meraih gelaran naib juara, selepas ditewaskan oleh Vietnam menerusi keputusan 2-3.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN