Adakah Syafiq Ahmad Kembali Sertai Kedah Musim Ini?

Kedah Darul Aman (KDA) kini dilihat semakin hampir untuk melengkapkan barisan pemain mereka untuk saingan musim hadapan, dengan beberapa nama lagi dijangka menyertai pasukan tersebut.

Terbaharu, nama penyerang prolifik negara iaitu Syafiq Ahmad dikhabarkan turut bakal memperkuatkan pasukan tersebut setelah tahun lalu sempat menabur bakti sehingga pertengahan musim.

Syafiq bukan lagi satu nama asing buat KDA, setelah beliau memulakan karier profesional bersama pasukan itu pada beberapa tahun lalu sebelum namanya meningkat naik.

https://twitter.com/kda_fc/status/1517086434238234626?s=46&t=XyNwY0KJOwNguR4nVG65fg

Perkhabaran mengenai penyerang sensasi itu untuk menyertai KDA mula kedengaran sejak beberapa hari ini, selepas pemilik kelab tersebut iaitu Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar sendiri telah memuat naik gambar bersama Syafiq.

Jelas kenyataan beliau, mereka berjumpa dalam keadaan bukan disengajakan selepas Syafiq ketika itu dikhabarkan membawa keluarganya makan di restoran sama yang dihadiri oleh Tan Sri.

Walaupun begitu, ada ura-ura menyatakan Syafiq berkemungkinan akan menyertai KDA untuk musim ini selepas melihat beberapa situasi yang agak logik.

Antaranya, pasukan diwakili oleh Syafiq iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) telah pun sah menandatangani khidmat penyerang import ketiga mereka musim ini iaitu Diogo Santo dari saingan Thai League 1.

Untuk rekod, JDT kini sudah pun mempunyai dua penyerang import yang sangat berkualiti  selain Diogo iaitu Bergson da Silva serta Fernando Forestieri.

Menerusi tiga pemain serangan baharu itu, maka bakal menjadikan Syafiq perlu bekerja lebih keras jika ingin terus memastikan tempat serta minit permainan bersama JDT.

Selain itu, Syafiq juga berkemungkinan akan menyertai KDA kerana ingin terus mendapat tempat seperti awal musim lalu ketika bersama pasukan tersebut.

Tambahan ketika ini pasukan tersebut sudah pun membuat rombakan baharu, maka peluang untuk Syafiq mendapat tempat juga sangat tinggi sekali gus mencabar posisi penyerang utama skuad kebangsaan.

Musim lalu menyaksikan rekod jaringan Syafiq agak baik selepas beliau berjaya menghasilkan enam jaringan serta enam bantuan gol daripada 24 perlawanan dihadapi.

https://twitter.com/officialjohor/status/1610478919572152323?s=46&t=XyNwY0KJOwNguR4nVG65fg

Sesuatu yang menarik untuk diperkatakan jika Syafiq kembali menyertai KDA, kerana beliau akan berada bawah kejurulatihan Nafuzi Zain yang diakui bijak menaikkan kembali bakat-bakat tempatan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN