“Pak, Makcik Cantik Pak” – Zainal Abidin Hassan Sah Nikahi Fyna Jebat

Zainal Abidin Hassan

Bekas jurulatih Sri Pahang, Datuk Zainal Abidin Hassan telah sah bernikah dengan seorang artis.

Zainal yang juga bekas pemain bola sepak kebangsaan telah bernikah dengan penyanyi Fyna Jebat baru-baru ini.

Fyna yang merupakan adik kepada penyanyi, Ayda Jebat telah sah bernikah dengan Zainal selepas spekulasi tular mengatakan seorang artis bernikah dengan bekas pemain bola sepak kebangsaan.

Menurut laman Xtra, Fyna mengakui yang perkahwinannya dengan Zainal telah dijalankan secara sah namun beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara ini.

Sebaliknya, Fyna mengharapkan orang ramai mendoakan perkahwinannya dengan Zainal menghasilkan kebahagiaan yang berpanjangan.

“Ya. Saya dah berkahwin. Alhamdulillah. Saya telah pun bernikah. Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang telah memberi komen yang bagus.

“Saya mengharapkan anda semua mendoakan saya, famili dan perjalanan saya dalam Famili Duo.

“Maaf, saya tak boleh cerita banyak sangat. Itu sahaja yang boleh saya kongsi. Saya mohon maaf,” kata Fyna.

Fyna yang kini bersama-sama Ayda dalam rancangan realiti Famili Duo mencuri tumpuan ramai apabila berkahwin dengan Zainal yang sememangnya dikenali pengikut bola sepak negara.

Berita ini sedikit sebanyak membayangi kisah kontroversi Syamsul Yusof yang ‘menambah cawangan’ apabila menikahi Ira Kazar pada Jumaat lalu.

Zainal sebelum merupakan bekas pengendali Penang dan juga Melaka United masih lagi belum dilaporkan bakal menguruskan mana-mana pasukan untuk musim 2023 Liga Malaysia.

Kami di Semuanya BOLA mengucapkan selamat pengantin baharu buat Zainal dan Fyna.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN