Man United Sasar Edin Dzeko Sebagai Penggempur Baharu Mereka?

Manchester United sehingga kini dilaporkan antara pasukan yang sangat sibuk dalam mempersiapkan diri mereka untuk mendapatkan tonggak serangan baharu.

Ini kerana pasukan tersebut dilihat agak kritikal di posisi tersebut, selepas hanya Anthony Martial sahaja menjadi penggantungan United di bahagian serangan utama.

Sebelum itu, mereka telah pun sah kehilangan khidmat penyerang sensasi dunia iaitu Cristiano Ronaldo, selepas beliau meninggalkan United untuk menyertai Al-Nassr di Arab Saudi.

Walaubagaimana pun, cabaran dilihat agak memuncak buat Erik ten Hag untuk mendapatkan penyerang lebih berkualiti, setelah dana yang diberi kepada beliau agak rendah.

Ini kerana United sudah pun berbelanja dengan agak besar pada awal musim ini untuk menandatangani khidmat pemain-pemain ternama seperti Antony, Casemiro, dan Lisandro Martinez.

Terbaharu, dalam usaha United untuk mendapatkan penyerang baharu, laporan menyatakan mereka berminat untuk menandatangani khidmat Edin Dzeko.

Namun begitu, United pada awalnya telah dikaitkan bersama penyerang kebangsaan Belanda iaitu Wout Weghorst yang kini bersama Benfica.

Sasaran terbaharu United iaitu Dzeko dilaporkan akan tamat kontraknya bersama Inter Milan akan tamat pada penghujung musim ini dan tawaran baharu telah pun diberikan.

Bekas penyerang Manchester City itu tampil dengan sangat baik, selepas meledak 11 gol daripada 25 perlawanan bersama kelab dan skuad kebangsaan musim ini.

Disebabkan rekod tersebut, banyak kelab-kelab besar sekitar Eropah mula menyasarkan Dzeko sebagai penyerang baharu mereka pada masa akan datang, termasuk United.

Antara pasukan pencabar yang kini dilihat turut memasang angan-angan untuk mendapatkan Dzeko ialah Real Madrid, selepas Carlo Ancelotti berhajat ingin terus mempekukuhkan serangan baharu mereka.

Lebih menarik, United turut dicadangkan supaya menandatangani khidmat penyerang Perancis, Marcus Thuram selepas kelabnya iaitu Borussia Monchengladbach berkemungkinan akan merendahkan sikit harga perpindahan pemain tersebut.

Ini bermakna, United perlu cepat bertindak untuk mendapatkan Thuram jika mereka memasang impian untuk menggunakan khidmat beliau selaku penyerang.

Disember lalu, Ten Hag telah pun mengesahkan beliau ingin mendapatkan penyerang baharu selepas mereka kehilangan Ronaldo.

“Kami sedar yang kami kehilangan seorang penyerang, jadi pemain ingin dimiliki kami itu ialah seorang yang tepat buat pasukan.

“Seseorang pemain yang boleh memberi kualiti buat pasukan, bukan hanya sekadar pelengkap senarai pemain sebab itu hanya beri kami masalah.

“Dan anda semua pun tahu kriteria tinggi telah ditetapkan buat mana-mana yang ingin menyertai Manchester United,” jelas beliau menerusi Sportbible.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN