Rakan Sepasukan Terkejut Dan Sedih, Walters Akhirnya Tinggalkan Stoke Selepas 7 Musim Bersama

Jon Walters tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat EPL. Irish Machine ini sudah boleh digelar lagenda di Stoke City.

Walters menyertai Stoke pada 2010 dan telah bermain sebanyak 269 perlawanan untuk Stoke City. Walters juga merekodkan 62 gol sepanjang karier bersama Stoke City.

Antara pencapaian terbaik pastinya Naib Juara Piala FA pada 2010/11 bersama Stoke City. Apa yang mengejutkan adalah Walters memutuskan untuk meninggalkan Stoke City selepas 7 musim bersama.

Ianya kerana Walters mahukan kontrak yang lebih terjamin dan lebih panjang dengan kelab tersebut. Buat masa ini, Burnley dilihat menawarkan kontrak yang lebih menjamin masa depan beliau.

Berita ini pastinya tidak digemari oleh penyokong Stoke yang merasakan pemain seperti Walters layak bersara di kelab tersebut.

Walters adalah antara pemain yang mennjadi simbol Stoke bersaing dalam kancah EPL pada era moden.

Walters memuatnaik status dalam twitter beliau mengucapkan terima kasih kepada Stoke City dan beliau berasa agak emosional meninggalkan kelab tersebut.

Walters juga memberitahu yang beliau akan ke Burnley. Peter Crouch dan beberapa pemain lain ternyata sedih dengan pemergian Jon Walters. Ini antara tweet beberapa rakan sepasukan Jon Walters di Stoke.

Ada juga yang terkejut dengan pemergian Walters dari kelab tersebut.

Nampaknya musim baru akan menyaksikan Walters dalam jersi Burnley. Mungkin bagi peminat yang sudah lama melihat kelibat Walters di EPL, ia agak janggal.

Nilai perpindahan Walters setakat ini tidak didedahkan. Namun ia dikatakan boleh mencapai £3 juta pada akhir musim.

Selamat maju jaya Irish Machine!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN