Analisis: 5 Statistik Menarik PKNP FC Yang Anda Perlu Tahu

PKNP berjaya melakukan debut impian dalam kancah Piala Malaysia dengan menewaskan T-Team diikuti dengan kejayaan mengikat pasukan Pahang dalam perlawanan kedua Piala Malaysia 2017.

1. Tidak kalah dalam 4 debut kompetitif

Setakat ini mereka sudah melakukan 4 debut dalam perlawanan kompetitif. 3 daripadanya adalah menang dan satu lagi seri. Debut adalah merujuk kepada penampilan sulung.

Mereka menang 0-5 dalam debut Liga FAM menentang PBMS. Dalam debut Liga Premier, PKNP menang 2-0 ke atas Kuantan FA.

Ini diikuti keputusan seri 1-1 dengan Kelantan dalam debut Piala FA di Kota Bharu walaupun status mereka adalah pasukan ‘home’. Dalam debut Piala Malaysia menentang T-Team pada 4 Julai lalu, PKNP menang 1-2 ke atas T-Team.

2. Rentetan tanpa kalah (loseless streaks)

Dalam Liga Premier, mereka mencatatkan rekod 10 perlawanan tanpa kalah dari perlawanan ke-3 sehingga ke perlawanan ke-12.

Mereka juga mencatatkan rekod tanpa kalah dalam 8 perlawanan untuk semua pertandingan musim ini dari tempoh 10 Februari 2017 sehingga 10 Mac 2017.

3. Ratio gol dan bolos per perlawanan

Pasukan PKNP mencatatkan rekod kadar ratio gol 1.57 per perlawanan. Manakala rekod bolos mereka hanyalah 1.14 per perlawanan. Statistik ini hanya untuk Liga Premier.

Maka tidak hairanlah pasukan ini kini berada di tangga ke-3 Liga Premier 2017, hanya dibezakan 4 mata daripada pendahulu liga, Negeri Sembilan.

4. Konsistensi di hadapan gol

Sepanjang musim 2017, setakat ini, hanya sekali sahaja PKNP gagal menjaringkan gol iaitu ketika perlawanan ke-3 Liga Premier menentang Kuala Lumpur (seri 0-0).

PKNP Fc player Muhammad Shahrel Fikri celebrate againts Kuantan Fa in FA Cup 2017 match at Stadium Perak,Ipoh on 10 March 2017. Photo by Zulfachri Zulkifli/ www.asiana.my

Mereka tidak pernah gagal menjaringkan gol dalam 19 daripada 20 perlawanan dalam semua pertandingan setakat ini.

Selepas gagal menjaringkan gol ketika seri dengan Kuala Lumpur, pasukan ini konsisten menjaringkan gol dalam 17 perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan musim ini sehingga tarikh artikel ini ditulis.

Rekod yang memberangsangkan untuk pasukan yang baru menapak di liga kompetitf.

5. Rekod kebal di gelanggang sendiri

Stadium Perak boleh dianggap ‘fortress’ ataupun gelanggang kebal mereka sejak kelab ini ditubuhkan.

Pada musim ini juga masih belum tewas di tempat sendiri sepanjang musim 2017 setakat ini dalam semua pertandingan.

Mereka turut pernah menewaskan pasukan kuat seperti Kedah di Stadium Perak dalam saingan Piala FA 2017.

Rumusan

Itulah 5 statistik yang menarik tentang pasukan PKNP FC yang berterusan memberikan kejutan dalam arena bola sepak domestik di Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN