PSG Mulakan Pemburuan Coutinho! Sedia Tawarkan Harga Lebih Tinggi Daripada Barcelona

Sebelum ini hanya Barcelona kelab yang dikaitkan dengan Coutinho. Ianya selepas Neymar menunjukkan gandingan yang baik dengan bintang no.10 Liverpool ini di kem Brazil.

Selain itu, Coutinho dilihat sebagai pengganti terbaik untuk Andres Iniesta. Namun pada Januari lalu, Coutinho menandatangani kontrak baru dengan Liverpool untuk 5 tahun lagi.

Beliau juga menolak spekulasi akan ke Barcelona dan memberitahu, tidak terfikir untuk keluar dari Anfield pada jendela perpindahan pra musim ini.

Namun begitu, Barcelona tidak berputus asa untuk mendapatkan Coutinho. Kini PSG dilaporkan mahu memasuki persaingan untuk mendapatkan Coutinho. Mereka sedia membayar harga yang lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh Barcelona.

Selain itu, Barcelona pula masih bergelut dalam jendela perpindahan kali ini. Ini selepas beberapa pemain sasaran mereka masih gagal ditandatangani. Antaranya ialah Marco Veratti.

PSG mahu Liverpool memberitahu tag harga untuk Coutinho. Harga bukan masalah untuk kelab yang dianggap memiliki sumber kewangan yang tiada had itu.

Minggu lalu, Presiden PSG mahukan Pengarah Sukan mereka bersemuka dengan Pengarah Sukan Monaco untuk mendapatkan Mbappe. Ini selepas Monaco mengenakan sentimen tidak mahu menjual kepada pesaing mereka di dalam liga domestik.

Namun buat masa ini, Monaco tidak berganjak dengan dasar mereka. PSG dijangka akan mengalihkan perhatian kepada bintang Liverpool. Mereka sanggup memmbayar €90 juta untuk pemain ini.

PSG terdesak untuk membina pasukan baru yang lebih kuat musim hadapan selepas gagal menjuarai Ligue 1 musim lalu. Lebih penting, Nasser Al-Khelaifi mahukan kejohanan lebih besar, iaitu UCL pada musim hadapan.

Ini selepas mereka dikejutkan Barcelona di Camp Nou walaupun mereka mendahului 4-0 dalam perlawanan pertama di Paris.

Rujukan:

Get Football News France – http://www.getfootballnewsfrance.com/2017/liverpool-are-not-opposed-to-selling-philippe-coutinho-to-psg-on-two-conditions-lequipe/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN