Wayne Rooney Ucap Selamat Tinggal Kepada United, Kembali Ke Everton Selepas 13 Tahun

Wayne Rooney dilaporkan telah menyempurnakan ujian kesihatan di Pusat Latihan Everton pada awal pagi tadi sebelum pengumuman rasmi perpindahannya kembali ke Everton dijangka akan diumumkan pada Isnin nanti.

Bintang Manchester United ini yang juga merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab Manchester itu kembali ke Goodison Park setelah meninggalkan Everton 13 tahun yang lalu.

Wayne Rooney adalah kapten Manchester United dan juga England. Pada usianya menjangkau 31 tahun, peranannya di United semakin pudar terutama selepas kedatangan Jose Mourinho.

Selain daripada itu, peranannya bersama England turut dikurangkan sejak Garet Southgate mengemudi skuad Three Lions penghujung tahun lalu.

Wayne Rooney menyertai Manchester United daripada Everton pada harga £27 juta pada musim panas 2004, selepas memberikan persembahan yang menakjubkan dalam Kejohanan Euro 2004.

(Photo by John Peters/Manchester United via Getty Images)

Rooney tidak menoleh ke belakang selepas itu, mencipta kejayaan demi kejayaan di Old Trafford.

Sepanjang bersama Manchester United, Wayne Rooney telah memenangi 5 kejuaraan EPL, 4 Piala Liga, dan juga Piala FA pada musim 2015-2016.- menjaringkan 253 gol sepanjang kariernya untuk The Red Devils.

Selain daripada itu, Wayne Rooney turut merupakan antara pemain utama yang membintangi kejayaan Manchester United merangkul trofi UEFA Champions League pada musim 2007-2008.

Rooney dan United memenangi FIFA Club World Cup pada musim berikutnya.

Tugasan dan penglibatan terakhir Wayne Rooney untuk Manchester United pastinya ketika tampil dari bangku simpanan ketika Manchester United menewaskan Ajax dalam perlawanan akhir UEFA Europa League pada Mei yang lalu.

(Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

Wayne Rooney bakal menjadi pemain ke-6 yang dibawa masuk oleh Ronald Koeman pada musim panas ini setelah membawa masuk Michael Keane, Jordan Pickford, Davy Klassen, Sandro Ramirez dan Henry Onyekuru ke Goodison Park.

Keupayaan Wayne Rooney mungkin tidak sama seperti yang pernah dimilikinya 13 tahun yang lalu. Tetapi pengalamannya bermain di pentas tertinggi akan memanfaatkan Everton pada musim hadapan.

Wayne Rooney mengumumkan ketibaannya dalam bola sepak Inggeris 5 hari sebelum hari jadinya yang ke-17 dengan jaringan menakjubkan ketika menentang Arsenal pada musim 2002-2003.

(Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Kali ini Wayne Rooney tiba di Goodison Park untuk menambahkan jumlah 77 penampilan dan 13 gol untuk Everton yang direkodkannya sebelum berhijrah ke Manchester United 13 musim yang lalu.

Wayne Rooney dijangka akan bertemu dengan rakan sepasukan Unitednya di Carrington pada petang ini untuk mengucapkan selamat tinggal.

Sumber:

1. DAVID ANDERSONALEX SMITH, Daily Mirror (2017): Wayne Rooney receives warm reception from Everton fans as he completes medical ahead of return to boyhood club;
http://www.mirror.co.uk/sport/football/transfer-news/wayne-rooney-receives-warm-reception-10761414

2. Simon Stone, BBC Sport (2017): Man Utd: Wayne Rooney set for free transfer to Everton;
http://www.bbc.com/sport/football/4053843

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN