Wales Mahukan Ryan Giggs Jadi Pengurus, Mahukah Beliau?

Berita telah tersebar bahawa FA Wales sudah menemuduga Ryan Giggs jadi pengurus mereka. Bekas kapten Wales itu antara 4 individu yang telah disenarai pendek sebagai pengurus Wales.

Persoalannya kini, mahukah Ryan Giggs jadi pengurus Wales? Beliau kerapkali dikritik oleh peminat dan pundit kerana terlalu memlilih jawatan.

Jika rakan beliau yang lain sanggup menguruskan kelab kecil untuk permulaan, Giggs pula menolak tawaran kelab EPL seperti Swansea City.

Untuk pengurus baru, kelab seperti Swansea dianggap tawaran besar kerana status mereka sebagai kelab EPL. Giggs pernah mengeluarkan kenyataan yang beliau hanya layak mengendalikan pasukan yang besar.

Beliau juga dengan terbuka memberitahu, dia adalah orang lebih tepat berbanding Mourinho untuk mengendalikan pasukan Manchester United.

Giggs menjadikan alasan, beliau bekas pembantu Louis Van Gaal dan memiliki rekod yang baik sebagai interim di Old Trafford.

Kini, satu lagi tawaran datang dan Giggs disenaraikan untuk ditemuduga. Jawatan pengurus Wales kosong apabila Chris Coleman meletakkan jawatan. Sebelum ini, beliau telah membawa Wales menjadi semi-finalis bagi EURO 2016.

Pilihan utama

Nama Ryan Giggs menjadi sebutan ramai pihak biarpun ada segelintir penyokong tidak menyenanginya. Semasa zaman bermain dengan Wales, beliau seringkali menarik diri daripada skuad kebangsaan itu dengan pelbagai alasan.

Pada satu ketika Giggs dituduh tidak patriotik dan hanya memilih perlawanan berstatus besar.

Namun hari ini Persatuan Bola Sepak Wales mahukan ilmu Ryan Giggs dicurahkan untuk skuad kebangsaan mereka. FA Wales memang mengutamakan bekas pemain kebangsaan mereka untuk menguruskan pasukan kebangsaan mereka.

Sebelum ini, Chris Coleman dan mendiang Gary Speed juga diberikan peluang untuk menguruskan pasukan kebangsaan mereka walaupun masih dikira baru dalam dunia pengurusan.

Kini giliran Ryan Giggs untuk mengendalikan skuad kebangsaan mereka. FA Wales sangat membantu pengurus muda mereka. Mereka tidak pernah meletakkan tekanan tinggi kepada mana-mana calon mereka. Mereka bebas untuk bekerja dalam model yang mereka mahukan.

Siapa lagi 3 calon?

The Guardian telah melaporkan pegawai eksekutif FA Wales, Jonathan Ford telah menemuduga keempat-empat calon. Wales terpaksa mencari pengurus baru sebelum undian UEFA Nations League.

Mark Hughes menolak kembali ke Wales. Tetapi pembantunya di Stoke City sebelum ini, Mark Bowen telah ditemuduga sebagai pengurus Wales. Mark Bowen turut meninggalkan Stoke City selepas Mark Hughes dipecat.

Salah satu calon yang kurang dikenali, Osian Roberts juga ditemuduga. Osian Roberts kini merupakan pengarah teknikal di FA Wales. Namun begitu, beliau dikatakan agak berpengaruh di belakang tabir organisasi itu.

Gambar terkini Craig Bellamy. Sumber: Wales Online.

Terakhir, Craig Bellamy juga disenarai pendek. Bekas rakan sepasukan, Ryan Giggs itu kini menjawat jawatan jurulatih pasukan akademi Cardiff City.

Persoalannya kini, jika Ryan Giggs jadi pengurus, siapakah akan menjadi pasukan kejurulatihan beliau? Adakah Craig Bellamy?

Atau Gareth Bale akan menjadi jurulatih separuh masa?

Pandangan kami, Giggs harus memikirkan langkah pertama untuk menjadi pengurus tetap walaupun untuk Wales ataupun kelab lebih kecil.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN