Scotland Pilih Michael O’Neill Sebagai Ketua Jurulatih Baru?

Michael O'Neill

Bagi penyokong Scotland, ia mungkin berita gembira untuk anda. Barangkali sesi pemulihan Scotland sedang bermula dengan berita mengenai kehadiran Michael O’Neill.

FA Scotland diberitakan telah mempersetujui klausa pampasan kepada FA Ireland Utara. Klausa itu bernilai 500 ribu pound Sterling.

Pilihan

FA Scotland memberikan tawaran kontrak 4 tahun dengan gaji yang tidak didedahkan. Cuma bonus sudah pasti apabila beliau berjaya membawa Scotland kembali ke kejohanan ulung.

Sama ada Piala Dunia atau EURO.

Tetapi, FA Ireland Utara menawarkan kontrak baru sehingga 2024. Mereka pula menawarkan kenaikan gaji tahunan kepada 750 ribu pound.

Sudah pasti Michael O’Neill akan menjadi dilema untuk memilih, kekal di tempat sekarang atau berpindah ke Scotland. Sebenarnya, beliau sendiri menetap di Edinburgh, Scotland.

Popular

Kewibawaan beliau terbukti dengan kehebatan Ireland Utara beberapa tahun sudah. Sumber: The Sun.

Namanya melonjak apabila berjaya membawa Ireland Utara mara ke EURO pada 2 tahun lepas. Malah, semasa kejohanan di Perancis tersebut, pasukan itu mara sehingga ke pusingan 16 terbaik.

Kemudiannya, beliau sekali lagi mengejutkan dunia bola sepak. Ireland Utara mencabar peluang beraksi ke Piala Dunia 2018.

Mereka beraksi sehingga ke pusingan play-off. Lawan mereka, Switzerland hanya menang tipis kepada pasukan itu dengan satu gol sahaja.

Sunderland dan West Bromwich Albion sebelum ini sudah merisik untuk menjadikan beliau pengurus. Tetapi, kedua-dua kelab itu sudah memilih individu lain sebagai pengurus.

Agak menarik kisah ini apabila seteru sesama Home Countries berlumba-lumba mendapatkan individu ini. Pasukan manakah akan dipilih oleh Michael O’Neill ? Hanya beliau sahaja boleh menentukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN