Claude Puel: Eden Hazard Perlu Tinggalkan Chelsea Untuk Menjadi Pemain Yang Lebih Baik

Pengurus Leicester City, Claude Puel telah membayangkan bahawa bintang Chelsea, Eden Hazard perlu meninggalkan kelab London tersebut untuk menjadikannya pemain terbaik di dunia.

Claude Puel bukanlah seorang yang asing bagi Hazard. Hal ini kerana pengendali berusia 56 tahun itu merupakan individu yang bertanggungjawab memberikan peluang kepada pemain antarabangsa Belgium itu penampilan profesional pertamanya ketika bersama Lille pada tahun 2007.

LIVERPOOL, ENGLAND – DECEMBER 30: Claude Puel, Manager of Leicester City looks on prior to the Premier League match between Liverpool and Leicester City at Anfield on December 30, 2017 in Liverpool, England. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Eden Hazard yang menyertai Chelsea pada Jun 2012 telah mengecapi nikmat dua kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan kini menjadi sasaran utama kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid.

Beberapa sumber menyatakan bahawa Hazard telah bersedia untuk menandatangani kontrak lanjutan untuk terus kekal di Stamford Bridge bagi menjadi sandaran utama kelab.

Puel dan Hazard akan kembali bersua muka apabila Chelsea bakal melayani kunjungan Leicester City pada perlawanan liga pada malam ini.

Mengulas mengenai bekas anak didiknya itu, Puel berkata: ”Dia (Eden Hazard) boleh terus untuk melakukan kemajuan dalam dirinya. Saya tidak pasti sama ada dia perlu kekal di Chelsea atau tidak. Itulah masalahnya.”

”Tetapi saya merasakan dia boleh terus meningkat sebagai pemain. Dia mempunyai segala kualiti untuk beraksi dengan semua kelab terbaik dunia di Eropah, sudah tentu. Dia boleh melakukan perbezaan. Pada saya, dia merupakan pemain yang hebat di Eropah.”

Eden Hazard
LONDON, ENGLAND – DECEMBER 05: Eden Hazard of Chelsea is challenged by Filipe Luis and Saul Niguez of Atletico Madrid during the UEFA Champions League group C match between Chelsea FC and Atletico Madrid at Stamford Bridge on December 5, 2017 in London, United Kingdom. (Photo by Clive Rose/Getty Images)

”Dia boleh bermain di bahagian sayap mahupun penyerang atau turun ke bawah untuk mendapatkan bola. Dia selalu menembusi pertahanan lawan dan melakukan perbezaan. Itu penting untuk mempunyai organisasi dan struktur yang baik disekelilingnya.”

Puel juga sempat mengulas berkenaan kualiti Hazard ketika beraksi di Lille.

”Dia merupakan seorang pemain yang ‘fantastik’ dan terlalu banyak meningkat. Tetapi dia mempunyai kualiti yang sama ketika berusia 16 tahun, sewaktu dia beraksi bersama kesebelasan utama Lille, ianya sama.”

”Sudah pasti sekarang dia lebih konsisten dalam permainannya tetapi dia sentiasa merupakan pemain yang fantastik dengan cara permainannya. Dia mempunyai keupayaan dan kapasiti untuk menembusi pertahanan dan memberikan bantuan jaringan kepada rakan sepasukannya.”

Eden Hazard juga pernah mendapat anugerah  ‘Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris 2014/15 serta menjuarai Liga Europa 2012/13 apabila menewaskan Benfica pada perlawanan akhir.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN