Kuala Lumpur Dan PDRM Berentap Dalam Coppa Sleman 2018

Pendatang baharu Liga Super dan pasukan dari Liga Premier, Kuala Lumpur dan PDRM berpeluang menguji kekuatan dan memantapkan pasukan mereka apabila bakal menyertai kejohanan bola sepak empat penjuru, Coppa Sleman di Yogyakarta, Indonesia dari 16 hingga 20 Januari ini.

Kejohanan itu turut disertai oleh pasukan tuan rumah, Persatuan Sepak Bola Sleman (PSS) dan Persatuan Sepak Bola Pakindo Mojokerto Putra.

Jurulatih The Cops, Zulhamizan Zakaria bercakap kepada Berita Harian, beliau menyifatkan aksi perlawanan dengan dua pasukan negara jiran itu sudah pasti memberi pengalaman berharga kepada pemainnya untuk menghadapi cabaran sengit Liga Premier musim ini.

“Sudah pasti matlamat kami untuk meraih kejayaan pada kejohanan ini kerana musim ini kami menyasarkan satu piala.

“Oleh itu, saya mengharapkan pemain dapat mempamerkan prestasi lebih baik dan konsisten sebagai motivasi menjelang aksi pembuka tirai Liga Malaysia bulan depan.

“Selepas menjalani latihan lebih sebulan dan beraksi dalam beberapa aksi persahabatan, kejohanan ini adalah masanya untuk menilai komitmen semua pemain,” katanya.

Jadual perlawanan Coppa Sleman 2018

Sementara itu, pasukan Kuala Lumpur menjadikan kejohanan ini sebagai medan untuk membentuk skuad mantap sebelum menghadapi saingan Liga Super 2018.

Meskipun masih terkesan dengan kegagalan mendapatkan khidmat Baihakki Khaizan bagi mengisi kuota pemain import Asean, Ketua jurulatih Kuala Lumpur, Fabio Joaquim Maciel menegaskan beliau hanya akan membawa masuk pemain baru untuk kuota itu sekiranya tahap permainan pemain itu lebih hebat daripada pemain tempatan.

Pengendali berusia 40 tahun itu kemungkinan tidak akan menandatangani mana-mana pemain import dari rantau ini sekiranya masih belum menemui pemain yang benar-benar bagus.

“Jika dia (pemain import Asia Tenggara) bagus, kita akan ambil. Tapi kalau tahap permainannya setaraf dengan pemain tempatan yang saya ada, saya fikir kami tidak perlukannya.

“Ia kerana Malaysia mempunyai ramai pemain yang bagus dan memiliki kualiti yang setaraf dengan pemain luar,” katanya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN