Pengurus Barcelona, Ronald Koeman mengakui pasukannya tempang tanpa ayam tambatan mereka yang dilepaskan iaitu Lionel Messi.
Messi yang kini menyertai Paris Saint-Germain (PSG), meninggalkan kelab itu selepas gagal menyelesaikan isu kontrak baharu antara kedua-dua kelab.
Koeman bagaimanapun optimis dengan situasi pasukannya, dengan berasakan Barcelona akan mengalami masalah untuk menjaringkan gol musim ini.
“Semestinya kita akan ada masalah untuk menjaringkan gol musim ini.”
“Messi menjaringkan 30 gol musim lalu. Jadi pemain lain perlu memberikan lebih lagi dan bangkit serta sekarang ianya adalah mengenai pasukan bukannya individu,” kata Koeman menerusi ESPN.
Walaupun berasa begitu, tetapi Koeman tetap berasakan pasukannya boleh mencabar kejuaraan pada musim ini.
Keyakinan itu hadir apabila pengurus itu berasakan pasukannya akan lebih mantap selepas Ansu Fati dan Philippe Coutinho kembali dari kecederaan.
“Ia bukan selalunya diharapkan kepada satu pemain sahaja. Harapnya, kami akan dapatkan pemain yang kembali dari kecederaan seperti Ansu Fati dan Philippe Coutinho dan selepas itu kami akan mempunyai skuad yang ampuh.”
“Sasarannya adalah sentiasa mahu memenangi kejuaraan dan mempunyai kempen yang baik di saingan Eropah.”
“Kelab seperti Barcelona ini tidak mempunyai musim dimana mereka tidak menjulang piala.”