Tips FPL: 5 Pemain Tengah Bajet Yang Boleh Dibeli Untuk Pasukan Anda

Permainan strategi bola sepak terkenal, Fantasy Premier League (FPL) telah mengemaskini laman sesawangnya bagi menghadapi saingan Liga Perdana Inggeris 2021/2022 yang akan bermula pada hujung minggu ini.

Menandatangani pemain bintang sering kali menyebabkan bajet menjadi terhad untuk membawa pemain berkualiti yang lain. Situasi ini sering kali menyebabkan pengurus-pengurus maya berada di dalam dilema dalam usaha menyeimbangkan pasukan.

Jadi melalui tips ini, kami menyenaraikan lima pemain tengah yang boleh didatangkan pada harga bajet untuk pasukan anda.

Francisco Trincao (Wolverhampton Wanderers)
Harga: £6.0 juta

Francisco Trincao menyertai Barcelona pada Januari 2020 dan merupakan salah seorang pemain muda yang menyebabkan penyokong di Nou Camp teruja.

Musim lalu Trincao berada di dalam kesebelasan utama sebanyak tiga kali, dan baki 25 penampilan di La Liga adalah dari bangku pemain simpanan.

https://twitter.com/WolvesPRT/status/1424410926371983362

Pemain berusia 21 tahun ini sering dipandang tinggi sejak usia remaja lagi, dan dianggap mampu mengisi tempat Messi satu hari nanti. Namun masalah kewangan menyebabkan Barcelona terpaksa melepaskan Trincao, dan Wolves tidak membuang masa menyambar pemain ini.

Bakal beraksi pada musim pertamanya di Premier League, bakat Trincao antara yang harus diperhatikan.

Stuart Dallas (Leeds United)
Harga: £5.5 juta

Stuart Dallas telah diklasifikasikan sebagai pemain tengah selepas musim pertama menakjubkan di Premier League.

Musim lalu Dallas beraksi setiap minit dalam semua perlawanan untuk Leeds United, dan musim ini seperti akan menjamin mata untuk pasukan yang memilih pemain ini.

Menjaringkan lapan gol dan tiga assists pada musim lalu, Dallas ibarat hero di kalangan pengurus-pengurus maya FPL. Jika beliau mampu menyerlah lagi seperti apa yang dilakukan pada musim lalu, maka nilai £5.5 juta itu dianggap sebagai pelaburan yang amat berbaloi.

Emile Smith-Rowe (Arsenal)
Harga: £5.5 juta

Pada musim lalu Emile Smith-Rowe telah melakukan lebih daripada yang diperlukan untuk membuktikan kepada Arsenal beliau mampu beraksi di tahap tertinggi.

Hanya dari 18 perlawanan, pemain berusia 20 tahun dan pemakai jersi N0.10 The Gunners ini menghasilkan dua gol dan lima assists. Statistik turut menunjukkan beliau menghasilkan 27 peluang jaringan, termasuk empat peluang besar.

https://twitter.com/NoNAMEin2021/status/1424723956511162371

Berdasarkan minit perlawanan dan dua gol dari empat perlawanan terakhir sebelum ini, Emile Smith-Rowe sepatutnya menjadi pilihan utama Mikel Arteta di dalam kesebelasan utama The Gunners pada musim ini.

Yves Bissouma (Brighton & Hove Albion)
Harga: £4.5 juta

Yves Bissouma adalah pilihan automatik skuad kendalian Graham Potter dan merupakan pilihan yang bijak untuk pengurus maya letakkan di bangku pemain simpanan.

Bissouma beraksi 35 perlawanan untuk Brighton & Hove Albion pada musim lalu, menjadikan beliau pemain terpenting pasukan itu.

Peranan utama Bissouma adalah sebagai pemain tengah yang bertahan. Namun ada masanya pemain antarabangsa Mali ini diberikan peranan sebagai seorang penyerang, terutama ketika The Seagull sedang berusaha memburu jaringan.

Bryan Mbeumo (Brentford)
Harga: £5.5 juta

Bryan Mbeumo melalui musim yang luar biasa bersama Brentford pada musim lalu di Championship, dan menyumbang lapan gol serta 10 assists.

Pemain berusia 22 tahun itu adalah pemain paling produktif di bahagian serangan selepas Ivan Toney (£6.5 juta) yang menghasilkan 31 gol dan 10 assists.

Ramai menjangkakan Mbeumo bakal menyemarakkan Premier League pada musim ini. Dan pada nilai £5.5 juta, beliau boleh menjadi antara pemain tengah paling berbaloi boleh didapati.

Penutup

Sudahkah anda bersedia untuk berhadapan musim baharu Fantasy Premier League?

Semuanya BOLA juga tidak terkecuali untuk menganjurkan liga sendiri di FPL dan kami menjemput semua yang mahu menyertai liga ini.

Anda boleh klik di sini untuk maklumat lanjut dan tarikh tutup penyertaan ialah pada jam 6PM bertarikh 14 Ogos 2021. Jangan lepaskan peluang anda untuk menangi hadiah menarik dari kami.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN