Cinta Emi Martinez Kepada Bola Sepak Terhakis Kerana Arsenal

Emiliano Martinez

Penjaga gol Aston Villa, Emiliano Martinez mendedahkan cinta beliau kepada bola sepak mula terhakis sewaktu beliau menyertai Arsenal.

Hal ini kerana, beliau seperti tidak diendahkan kewujudannya di Arsenal dan terpaksa dipinjamkan beberapa kali dalam tempoh sedekad bersama kelab itu.

Dan kerana proses pinjaman itulah, Martinez mula berasa yang bola sepak bukan untuknya.

Emiliano Martinez: Tinggalkan Arsenal Langkah Tingkatkan Karier Saya

Martinez sentiasa yakin yang dirinya mempunyai bakat yang hebat tetapi apabila memasuki awal 20-an, beliau berasa berbeza pula.

“Saya selalu rasa yang saya ada bakat yang besar, tetapi pada usia 21, 22, 23 tahun saya masih belum bermain.”

“Saya pergi ke Sepanyol untuk proses pinjaman saya yang pertama dan saya cuma bermain enam kali sahaja,” kata Martinez menerusi Goal.

Selepas pulang dari Sepanyol, Martinez kembali ke Arsenal dengan kelab itu belum lagi mahu memberikan beliau peluang dan sedia menghantar dirinya ke satu lagi proses pinjaman.

Dari situ bermulalah terhakisnya cinta beliau kepada bola sepak.

Revolusi Martinez kemudian berlaku pada musim 2018/2019 apabila beliau dipinjamkan ke Reading dalam saingan divisyen dua England, tetapi itu bukanlah liga yang mahu disertainya.

Perpindahan ke Reading menjadikan ianya kelab keenam Martinez berkelana secara sementara.

Pada waktu itu, beliau sudah mula memikirkan masa depannya dan mendapatkan bantuan pakar psikologi untuk mengharungi waktu sukar itu.

“Waktu itu saya ada bayi yang baru lahir dalam keluarga saya dan saya tetapkan ini adalah tempoh pinjaman terakhir saya.”

“Saya mula jumpa pakar psikologi yang membantu saya mengharungi detik sukar ini dan dapat mengatasi rasa kecewa saya.”

“Saya percaya pada bakat dan diri saya, saya percaya saya mampu jadi antara yang terbaik.”

Copa America: Emi Martinez Tepis 3 Penalti Untuk Hantar Argentina Ke Akhir

Selepas tamat musim 2019/2020, Martinez memilih untuk meninggalkan Arsenal selepas sedekad yang penuh sia-sia di utara London.

Beliau menyertai Aston Villa dan terus menujukkan kualitinya di peringkat kelab dan antarabangsa.

Martinez pernah dipinjamkan ke Oxford United, Rotheram United, Sheffield Wednesday, Wolverhampton Wanderers, Getafe dan Reading oleh Arsenal.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN