Walaupun Ketika Covid-19, Real Madrid Tetap Catat Keuntungan

Gergasi La Liga, Real Madrid berjaya mencatatkan keuntungan sepanjang musim lalu walaupun bola sepak dan dunia secara amnya dihimpit dengan pandemik Covid-19.

Menurut Football Espana, Madrid berjaya mencatatkan perolehan sebanyak €313 ribu pada musim lalu dengan majoriti keuntungan hilang akibat daripada Covid-19.

Namun ianya tidak menghalang Real Madrid memperoleh keuntungan walaupun ianya tidaklah seperti yang diharapkan.

Hal ini disebabkan mereka kehilangan hampir €300 juta penurunan keuntungan pada musim lalu dan itu telah memberikan kesan kepada bajet pasukan untuk musim 2020/2021.

Untuk musim ini, mereka hanya diberikan bajet sebanyak €617 juta sahaja – kurang 13% daripada seperti yang diharapkan.

Perbelanjaan Madrid bukan sahaja tertumpu kepada pasukan semata-mata, tetapi turut untuk stadium Santiago Bernabeu yang kini dalam proses pembangunan semula.

Untuk memastikan projek itu berjalan lancar, pinjaman sebanyak €100 juta telah dilakukan Madrid selain mereka telah berjaya mendapatkan pembiayaan bank untuk tempoh jangka panjang pada pertengahan tahun ini.

Pengurangan keuntungan yang dialami oleh Madrid ini jelas sekali petanda buruk kepada dunia bola sepak kerana tidak kira kelab sebesar mana pun mereka, bahaya untuk terkesan kerana Covid-19 adalah tinggi.

Ini baru kita saksikan kelab besar seperti Real Madrid, belum lagi kelab-kelab kecil lain di luar sana.

Real Madrid kini berpotensi untuk tersingkir dari saingan kumpulan UEGA Champions League selepas tewas di tangan Shaktar Donestk di Ukraine.

Baca juga artikel kami mengenai Los Blancos:

Penyerang Muda Benfica Darwin Nunez Jadi Rebutan Man City, Real Madrid

Duo Real Madrid Hazard & Casemiro Disahkan Positif COVID-19

El Clasico: Real Madrid Gah Kuasai Bumi Catalan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN