Walaupun Di Tangga Tercorot, Penang Sah Akan Beraksi Pada Piala Malaysia 2022

Piala Malaysia 2022

Pengelola Liga Malaysia, Malaysian Football League (MFL) telah mengesahkan yang hanya Melaka United sahaja yang tidak akan beraksi dalam saingan Piala Malaysia 2022.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, MFL mengesahkan yang pasukan-pasukan lain dalam Liga Super layak beraksi untuk saingan tertua di Asia itu dengan Melaka dinafikan tempat akibat keculasan mereka membayar gaji pemain.

Ini menjadikan tradisi 11 wakil daripada Liga Super akan mengalami perubahan dari segi penyertaannya.

Lazimnya, pasukan daripada tangga pertama hingga kesebelas Liga Super akan layak ke Piala Malaysia dengan baki lima wakil diisi dari Liga Premier.

Dengan pembatalan penyertaan Melaka, Penang yang kini menduduki tangga terbawah Liga Super akan dapat menikmati bola sepak Piala Malaysia pada tahun ini.

“MUFC kini sedang menduduki tempat kesembilan Liga Super 2022 dan tidak dibenarkan untuk bertanding dalam pertandingan TM Piala Malaysia 2022.

“Maka pasukan pengganti harus dipilih daripada Liga Super untuk mengekalkan bilangan 11 pasukan Liga Super dan lima pasukan Liga Premier dalam pertandingan Piala Malaysia 2022 di mana kesemua pasukan Liga Super kecuali MUFC akan memperolehi slot TM Piala Malaysia 2022,” kata MFL.

Ini ibaratkan rezeki terpijak buat Penang yang mengalami musim yang cukup mengecewakan terutamanya dalam saingan Liga Super.

Dengan penyertaan mereka disahkan untuk memasuki Piala Malaysia, Penang boleh cuba sekali lagi untuk mencipta persembahan baik mereka dalam Piala FA musim ini.

Walaupun tidak beraksi baik dalam saingan liga, tetapi Penang berjaya mara sehingga ke separuh akhir Piala FA dimana mereka tumbang ditangan Johor Darul Ta’zim.

Sementara bagi Melaka, pembatalan penyertaan mereka dalam Piala Malaysia pastinya tidak akan disenangi oleh para penyokong mereka.

Ini juga boleh dijadikan isyarat buat pasukan untuk tidak culas dalam menjalankan tanggungjawab kepada pemain dan staf di masa akan datang.

Diharapkan Melaka akan lebih baik dalam menguruskan urusan gaji selepas ini kerana setiap musim pasti akan ada cerita mengenai gaji tidak dibayar dan ini amat tidak disenangi oleh komuniti bola sepak di Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN