Indonesia Sasar Aksi Persahabatan Bersama Negara Ranking 50 Terbaik Dunia?

Setelah Indonesia berjaya mencatat keputusan positif sewaktu berdepan Curacao sebelum ini dengan keputusan 3-2 dalam perlawanan siri perlawanan persahabatan, harapan-harapan tinggi mula diletakkan ke atas skuad tersebut.

Ketika ini, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) menyatakan persediaan mereka seterusnya pula untuk berdepan negara yang mempunyai kedudukan ranking lebih tinggi bagi sebagai medan ujian.

Jelas PSSI, sasaran mereka selepas itu adalah untuk mencari negara yang berada di kedudukan 50 terbaik dunia bagi aksi persahabatan, setelah Indonesia tampil menyakinkan baru-baru ini.

Curacao yang berada di ranking ke-84 dunia sebelum itu berjaya dikejutkan Indonesia dengan aksi tuan rumah yang sangat cemerlang serta mampu melakar kemenangan dengan tiga gol terhasil daripada skuad Garuda.

Kemenangan tersebut nyata diraikan sepenuhnya oleh para penyokong kerana Indonesia yang berada di ranking ke-155 dunia ketika itu mampu mengejutkan Curacao.

Menurut Mochamad Iriawan selaku Ketua Umum PSSI, beliau telah pun meminta bantuan daripada pihak agensi yang membawa Curacao sebelum itu untuk mencari lawan dalam lingkungan rangking 50 terbaik dunia untuk diuji Indonesia.

“Ketika ini saya sudah pun bercakap bersama wakil agensi yang bertanggungjawab membawa Curacao agar mampu mencari negara-negara di ranking 50 terbaik dunia untuk diuji kami.

“Motif kami meminta lawan sebegitu supaya ia dapat menjadi menjadi pelajaran berguna buat barisan pemain serta memberi pengalaman terbaik buat mereka sama seperti saat berdepan Curacao,” jelas Iriawan.

Jika dinilai pada pasukan negara yang memenuhi keinginan PSSI ketika ini mungkin seperti England, Croatia, Jepun, Australia dan Mali bakal menjadi pilihan Indonesia menurut Bola.com.

England dilihat sebagai lawan terkuat buat Indonesia sekiranya mereka berpeluang untuk beraksi dalam aksi persahabatan kerana pasukan tersebut kini berada di ranking kelima dunia.

Walaupun begitu, PSSI perlu melihat dengan lebih realistik kerana negara-negara tersebut mungkin tidak akan berminat untuk menentang negara Asia Tenggara yang mempunyai ranking rendah seperti Indonesia.

Secara logiknya, PSSI perlu mencari negara-negara yang mempunyai ranking kedudukan seperti Curacao sahaja sebagai langkah awal bagi aksi persahabatan.

Menurut kalendar FIFA, tarikh aksi persahabatan seterusnya bakal bersambung pada bulan Mac tahun hadapan sebelum mereka menyertai kejohanan Piala Asia  tiga bulan selepas itu.

Negara-negara seperti Arab Saudi, UAE, Oman, dan China dilihat lebih realistik buat Indonesia ketika ini sebagai pasukan lawan dalam siri persahabatan seterusnya.

Sumber:
Bola.com

Leave a Reply