Mampukah Kerjasama Antarabangsa JDT Dapat ‘Roketkan’ Kehadiran Penyokong Ke Stadium?

Johor Darul Ta'zim

Disaat penyokong kelab di Malaysia berbalah antara satu sama lain berkenaan pasukan kesayangan masing-masing, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengorak langkah demi kemajuan kelab.

Terbaharu, JDT baru sahaja bekerjasama dengan Socios.com. dari segi platform ‘fans engagement’ dan ganjaran dimana ini satu langkah untuk mendekatkan lagi perhubungan antara penyokong dengan kelab.

Hal ini kerana mereka sedar, penyokong amat penting demi kelangsungan sesebuah kelab.

Dengan insentif yang dilakukan ini, sudah tentu pihak pengurusan Harimau Selatan mengharapkan setiap perlawanan terutama ketika bermain di Stadium Sultan Ibrahim, penyokong dapat memenuhi stadium seperti yang diharapkan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) kerana ketika ini, kehadiran penyokong belum berada di tahap terbaik.

TMJ pernah mengeluarkan beberapa kenyataan berkenaan penyokong yang kurang berminat untuk memenuhi stadium dan memilih perlawanan tertentu untuk hadir ke stadium memberi sokongan.

Malah tahun lepas, TMJ pernah berkata baginda sedikit kecewa dengan kehadiran penyokong ke stadium dan ini dibuktikan lagi dalam sesi perjumpaan yang dana yang diperoleh untuk kelab bukan dari penyokong itu sendiri.

Setakat ini, dana yang diperoleh dari tiket perlawanan masih belum mencukupi untuk tampung pembiayaan kelab ketika ini.

Oleh yang demikian, seiring dengan perkembangan kemajuan teknologi, tindakan yang diambil oleh JDT ini adalah satu langkah baik kerana secara tidak langsung, penyokong juga semakin dekat dengan kelab selepas diberi beberapa kelebihan dalam menerusi akses secara dalam talian.

Di Malaysia, apa-apa perancangan kelab mesti datang dari pengurusan tertinggi dan jarang kita dengar penyokong diberi peranan dalam melakukan sesuatu untuk pasukan kesayangan mereka.

Itu pun belum pasti idea yang dilontarkan ketika sesi perjumpaan dibawa ke pihak tertinggi untuk melakukan perubahan seperti dikehendaki.

Untuk yang belum tahu, TMJ telah memberi beberapa kelebihan buat penyokong Harimau Selatan seperti peluang untuk menentukan siapa pemain terbaik untuk musim tersebut serta mempamerkan reka bentuk pada bas bagi tujuan sambutan menjulang piala.

Malah, penyokong JDT juga berpeluang bertemu para pemain dan pihak pengurusan, mengundi pemain serta gol terbaik bulanan dan banyak lagi manfaat bakal diperoleh oleh mereka.

Ketika sesi berjumpaan penyokong dan TMJ baru-baru ini, ada penyokong yang mengutarakan pendapat berkenaan kelebihan buat penyokong hadir untuk bersama-sama dalam perlawanan kejohanan Asia di tempat lawan.

Respon yang diberikan TMJ adalah positif dan kemungkinan besar melalui ganjaran token ini, mereka akan dapat merasai pengalaman seperti yang telah dicadangkan itu.

Bagi pihak pengurusan kelab di Malaysia, mereka mungkin boleh mengambil perkara ini sebagai satu anjakan paradigma bagi memastikan hubungan antara kelab dan penyokong terus berada di tahap terbaik.

Bagi pasukan yang sering mengalami masalah kewangan, ini adalah langkah terbaik biar pun mungkin hasil itu tidak sebesar mana.

Namun begitu, ia dapat mengurangkan masalah kewangan yang sering dihadapi oleh pasukan serta menjadi salah satu cabang pendapatan.

Jika semua kelab terus menjaga hubungan baik dengan penyokong, ia akan memberi kebaikan secara amnya dan secara tidak langsung kehadiran penyokong juga akan bertambah dari masa ke masa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN