Walau Dilanda Kemelut, Penyokong Kedah Setia Beri Sokongan Buat Pemilik Kelab

Kedah Darul Aman (Kedah) kini merupakan salah satu pasukan yang dilanda dengan isu tunggakan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M), dan suatu sidang media rasmi telah pun diadakan semalam.

Tampil menjelaskan segalanya, pemilik Sang Kenari iaitu Tan Sri Dr. Daud Bakar mengakui pasukan tersebut kini dilanda isu kewangan sehingga menyaksikan ada tunggakan gaji buat staf, kejurulatihan, serta para pemain sejak beberapa bulan.

Pemilik Kedah: “Penaja Utama Kita Tak Pernah Tarik Diri”

Walaupun begitu, Dr. Daud tidak menyalahkan mana-mana pihak dan beliau sendiri memohon maaf kepada semua yang terkesan akan isu tunggakan gaji tersebut dan berusaha mencari solusi terbaik menyelesaikannya.

“Saya juga, dengan segala rasa kerendahan hati dan ketidaksempurnaan diri, ingin memohon maaf kepada Ketua Jurulatih Pasukan Liga Super, Coach Nafuzi Zain, barisan kejurulatihan, semua pegawai dan pemain serta ahli keluarga mereka atas masalah kewangan atau lebih tepat masalah aliran tunai (cash flow) sedang dihadapi KDA FC yang telah menyebabkan masalah tunggakan gaji dan mengakibatkan persembahan pasukan yang kurang memberangsangkan kebelakangan ini,” kata Dr. Daud menerusi perkongsian laman rasmi Kedah.

Pada masa sama, Dr. Daud juga mengakui beliau terlalu sayangkan Kedah dan akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan isu tunggakan gaji dapat diselesaikan selain cuba mencari beberapa pendekatan baharu bagi menyelesaikannya.

“Saya juga ingin membuat penegasan bahawa saya amat sayang KDA FC dan saya mahu terus memberi komitmen yang tinggi untuk menyelamatkan kapal KDA FC.

“Saya telah bekerja keras dan akan terus bekerja keras untuk memastikan saluran oksigen kepada KDA FC dapat dipulihkan,” jelas Dr. Daud lagi.

Dr. Daud mula terlibat dalam dunia bola sepak Kedah sejak bulan Ogos pada tahun lalu, dengan beliau menjadi pemegang saham baharu buat pasukan pasukan tersebut sekali gus turut menyelamatkan krisis kewangan Sang Kenari ketika itu.

Walaupun kini kedudukan Kedah dilihat sangat goyah selepas menghadapi isu kewangan, rata-rata penyokong Sang Kenari masih menzahirkan rasa sokongan mereka kepada Dr. Daud.

Malah, ada yang turut mendoakan supaya urusan pemilik Sang Kenari itu dipermudahkan serta mengembalikan prestasi Kedah seperti sediakala pada masa akan datang di Facebook rasmi pasukan tersebut.

“Pulun Kedah Pulun, semoga urusan Tan Sri dan Pasukan Kedah Keseluruhannya sentiasa dipermudahkan. In Shaa Allah,” kata Farid Komando.

“Semoga dipermudahkan segala urusan Tan Sri dalam memimpin KDA FC. Insya-Allah, kita bina bersama kecemerlangan Sang Kenari,” ujar Azhar Ibrahim Cikgu At.

Semoga pasukan kesayangan kita KDA FC berjaya mengharungi saat getir ini. Mari para penyokong kita mendoakan agar pasukan kita kembali di landasan yang tepat dan terus gemilang. Hentikan persepsi dan cercaan. Pulun kedah pulun,” Azrul Khruschev.

Malah, banyak lagi komen-komen positif ketika ini yang masih yakin akan kepimpinan Dr. Daud bersama Kedah pada masa akan datang.

Kami di Semuanya BOLA turut berharap supaya masalah gaji yang melanda kebanyakan kelab di Malaysia musim ini dapat diselesaikan serta mencipta persekitaran lebih positif supaya Liga M terus dikenali sehingga ke luar negara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN