Liga Super: Kedah Gah Atasi Negeri Sembilan Di Laman Sendiri

Kedah Darul Aman (Kedah) berjaya mencatat kemenangan seterusnya dalam saingan Liga Super 2023, selepas pasukan tersebut tidak menghadapi begitu banyak cabaran ketika mengatasi Negeri Sembilan di Stadium Darul Aman (SDA).

Menerusi kemenangan 3-0, keputusan tersebut sedikit sebanyak berjaya memulihkan motivasi pasukan tersebut yang sebelum ini menghadapi isu dalaman seperti tunggakan gaji.

Dua jaringan Kedah diledak oleh Kapten mereka sendiri iaitu Manuel Ott, Amirbek Juraboev, serta pemain berpengaruh Sang Kenari musim ini, Amirbek Juraboev.

Pada awal perlawanan jelas segalanya menjadi milik Kedah yang tidak menghadapi sebarang kesukaran untuk menguasai perlawanan serta melancarkan beberapa gerakan berbahaya.

Sebaliknya Negeri Sembilan pula tampil serba tidak menjadi dengan begitu banyak membuat kesilapan mudah serta disiplin pertahanan pasukan tersebut mudah diatasi tuan rumah.

Jaringan Sang Kenari terhasil pada minit ke-14 menerusi satu hantaran bijak dilakukan oleh Amirul Hisyam kepada Manuel Ott sebelum disudahkan pemain tersebut menerusi satu rembatan deras dari luar petak penalti.

Tersentak dengan gol tersebut, Negeri Sembilan cuba mencipta kebangkitan dengan beberapa siri serangan balas pantas dilancarkan mereka, namun ianya berjaya diatasi begitu baik oleh barisan pertahanan tuan rumah.

Sebaliknya skuad kendalian Nafuzi Zain terus melebarkan sayap mereka di separuh masa pertama menerusi jaringan kedua mereka hasil ledakan Amirbek Juraboev yang menerima hantaran lintang daripada Ifedayo Olusegun pada minit ke-16.

Ifedayo hampir sahaja menambah gol ketiga buat Kedah, selepas beliau mendapat satu umpanan cantik daripada Amirbek, sebelum percubaan tersebut tepat kepada Sikh Izhan Nazrel pada minit ke-28.

Kalamullah Al-Hafiz menampilkan aksi cukup berkualiti selaku penjaga gol utama Kedah selepas beliau menyelamatkan satu percubaan deras dari Filemon Anyie seminit selepas itu.

Ifedayo akhirnya berjaya mencatat nama beliau selaku penjaring gol buat Kedah di separuh masa kedua, selepas penyerang berbisa itu mendapat satu umpanan cantik daripada Manuel Ott pada minit ke-53.

Secara keseluruhan, Negeri Sembilan masih lagi sukar untuk mencipta sesuatu lebih baik bagi mendapatkan jaringan sulung mereka di separuh masa kedua, walaupun ada perubahan dibuat oleh K. Devan.

Memasuki minit ke-80, Sang Kenari dilihat semakin selesa untuk mengawal permainan dengan para pemain saling bertukar hantaran pendek serta sesekali tiba memberi ancaman buat pasukan lawan.

Keputusan perlawanan kekal dengan kemenangan 3-0 akhirnya berpihak kepada Kedah yang dilihat tidak mengalami sebarang kesukaran untuk mengatasi cabaran Negeri Sembilan.

Keputusan tersebut menyaksikan kini Kedah terus gah di kedudukan ketiga Liga Super, dan cuba untuk mengejar rapat Selangor bagi memintas pasukan tersebut di tangga kedua.

Kesebelasan Utama

Kedah Darul Aman: Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (Penjaga Gol), Bojan Ciger, Amirbek Juraboev, Manuel Gelito Ott (Kapten), Ifedayo Olusegun Patrick Omosuyi, Mohd Loqman Hakim Marzuki, Partiban K. Janasekaran, Wan Amirul Afiq Wan Ab Rahman, Muhammad Ariff Farhan Md Isa, Mohamad Amirul Hisyam Awang Kechik, Manuel Federico Hidalgo Gasparini

Negeri Sembilan: Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (Penjaga Gol), Annas Rahmat, Hein Htet Aung, Barathkumar Ramaloo, Zainal Abidin Jamil, Mohamad Hariz Kamarudin, Nasrullah Haniff Johan (Kapten), Mohamad Zamri Pin Ramli, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi, Filemon Anyie Standly, Anselmo Arruda da Silva

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN