Situasi Terkini Berkait Kes Penculikan Ibu & Bapa Luis Diaz

Ibu dan Bapa kepada bintang Liverpool, Luis Diaz dilaporkan telah diculik di Colombia dan berita tersebut jelas sekali menjadi satu hal yang sangat mengejutkan untuk kem The Reds.

Kedua-dua Ibu Bapa Luis Diaz, Cilenis Marulanda (Ibu) dan Luis Manuel Diaz (Bapa) dilaporkan telah diculik di Barrancas La Guajira, Colombia.

Menurut laporan dari pelbagai sumber, Ibu dan Bapa Diaz telah diculik ketika kedua-dua mereka sedang dalam perjalanan untuk pulang ke rumah.

Seorang lelaki bersenjata yang menaiki sebuah motorsikal dilihat telah mengikuti kenderaan yang dinaikki oleh Ibu dan Bapa Diaz sebelum menculik mereka.

Menurut laporan dari Sky Sports, Pihak berkuasa tempatan di Colombia telah mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa:

“Pada ketika pejabat pendakwaraya Colombia mengetahui tentang penculikan Ibu dan Bapa pemain bola sepak Colombia, Luis Diaz diculik di Barrancas La Guajira, pasukan pakar pendakwa raya, pegawai CTI (Pasukan Penyiasatan Teknikal) dan penyiasat daripada polis dan tentera telah mengambil tindakan segera untuk mengesan individu-individu ini, bagi mencari punca kejadian dan mengenal pasti pelakunya.”

Ibu kepada Luis Diaz, berjaya diselamatkan tidak lama selepas berlakunya insiden tersebut dengan ketua polis, William Salamanca sendiri mendedahkan tentang hal tersebut.

“Kami sangat gembira kamu dapat dibebaskan puan.”

Jelas William Salamanca menurut laporan dari Daily Star.

“Saya ucap tahniah kepada mereka (pihak berkuasa) atas tindak balas mereka dan kepada semua pegawai polis yang betul-betul berdedikasi menangani kes ini. Tahap kesihatan dia bagus, cuma dia dalam ketakutan. Tapi dia baik-baik saja.”

Ayah Diaz dilaporkan masih dibawah tahanan penculik bersenjata itu ketika ibunya sudah dibebaskan dengan beliau dilarikan oleh penjahat tersebut menggunakan motorsikal.

Salamanca kemudiannya menambah kenyataan beliau dengan menyatakan:

“Kita akan terus mencari ayah kepada pemain bola sepak itu, kita dah ada ibu dia. Mereka bawa ayah dia dengan menggunakan motorsikal, mereka larikan dia dari kereta dan bawa dia ke jalan di sana.”

Liverpool sendiri turut sudah mengeluarkan kenyataan berkait insiden tersebut, dengan pihak kelab berharap urusan Diaz akan dipermudahkan serta ibu dan bapanya akan segera ditemui.

“Kelab bola sepak Liverpool boleh mengesahkan yang kami sedar dengan situasi yang sedang membelenggu keluarga Luis Diaz di Colombia. Adalah menjadi harapan kami agar masalah ini dapat diselesaikan segera dan diselesaikan dalam keadaan aman.”

“Sementara itu, kebajikan pemain akan terus menjadi keutamaan kami.”

Persatuan Bola Sepak Colombia juga turut mengeluarkan kenyataan sama pada hari ini dengan menyatakan:

“Persatuan Bola Sepak Colombia agak kesal dengan tahap keselamatan yang sedang dilalui oleh Ibu dan Bapa kepada pemain kami Luis Diaz. Dari FCF kami kongsikan solidariti kami bersama dia dan seluruh keluarga dia dan kami juga akan mendesak pihak berwajib untuk bertindak secepat mungkin bagi menyelesaikan masalah ini.”

Ketika artikel ini ditulis, ada beberapa sumber yang telah mendedahkan bahawa Bapa Luis Diaz juga sudah berjaya diselamatkan dan kini kedua-dua orang tua beliau sudah diamankan.

Hal itu mungkin akan memberi sedikit kelegaan kepada Diaz memandangkan beliau kini sedang dalam usahanya untuk mengukuhkan kedudukan sebagai pemain utama The Reds.

Liverpool hari ini akan turun beraksi bertemu Nottingham Forest di Anfield dalam saingan Premier League dengan Diaz mungkin akan direhatkan dari perlawanan tersebut.

Diaz sudah membuat 11 penampilan bersama Liverpool sepanjang musim ini dengan beliau berjaya menjaringkan 3 gol serta mencatatkan satu assist sepanjang tempoh tersebut.

Satu hal yang pasti, semua peminat tidak kira penyokong Liverpool atau penyokong pasukan seteru jelas sekali mendoakan yang terbaik untuk Diaz dan keluarganya.

Dan semoga saja berita bahawa Bapa Diaz sudah ditemui adalah berita yang benar supaya pemain penyerang itu boleh kembali beri tumpuan kepada kariernya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN