Wakil Tunggal Man Utd Lengkapkan Dominasi Liverpool & Man City, PFA Team Of The Year

Dua kelab yang sedang berada di dua kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City dan Liverpool mendominasi kesebelasan terbaik pasukan pilihan Profesional Footballers’ Association (PFA).

Namun demikian agak mengejutkan untuk melihat pemain tengah Manchester United, Paul Pogba turut berada di dalam senarai tersebut – mengambil kira prestasi terkini pemain antarabangsa Perancis itu sepanjang musim ini.

Terbaru, Manchester United ditewaskan oleh Manchester City 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Old Trafford pada awal pagi tadi.

Walaupun tewas dalam perlawanan derbi tersebut, skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer asih berada di landasan untuk memburu slot ke UEFA Champions League pada musim hadapan walaupun sukar.

Manchester City memiliki enam pemain di dalam senarai tersebut iaitu Ederson, Aymeric Laporte, Fernandinho, Bernardo Silva, Raheem Sterling and Sergio Agüero – manakala Liverpool diwakili lima pemain: Andy Robertson, Virgil van Dijk, Trent Alexander-Arnold and Sadio Mané.

Yang mengejutkan ramai ialah ketiadaan Eden Hazard setelah nama penyerang Chelsea itu berada di dalam enam calon akhir untuk PFA Player of The Year Award.

Skuad penuh (4-3-3):

Ederson (Manchester City); Trent Alexander-Arnold (Liverpool), Aymeric Laporte (Manchester City), Virgil van Dijk (Liverpool), Andy Robertson (Liverpool); Paul Pogba (Manchester United), Fernandinho (Manchester City), Bernardo Silva (Manchester City); Raheem Sterling (Manchester City), Sergio Agüero (Manchester City), Sadio Mané (Liverpool).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN