Quantcast

BERITA KOMUNITI

Kelab Bola Sepak Artis Malaysia Lancar Jersi Musim 2019

Apa pun kerjaya anda, bola sepak pasti menjadi antara sukan yang paling diminati. Begitu juga dengan artis-artis di dalam negara.

Kerana itulah Kelab Bola Sepak Artis Malaysia (MASC) diwujudkan – iaitu bertujuan mengumpulkan mereka yang berkecimpung di dalam dunia hiburan negara untuk turut aktif di dalam dunia bola sepak.

MASC lancar jersi

Baru-baru ini, MASC telah telah mengadakan satu majlis rasmi pelancaran jersi baru MASC untuk musim 2019. Serentak dengan itu, perlawanan persahabatan menentang pasukan Pilihan SAM (Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia) turut diadakan di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam.

Majlis ini disempurnakan pada Ahad lalu oleh Ketua Pegawai Eksekutif amaxMALL, Datin Dr Nik Sarina Hashim, Presiden kelab MASC, Tuan Syed Aiman Alyahya dan Naib Presiden Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia, Tuan Norismadi Abdul Manap.

Beberapa acara serta aktiviti lain turut diadakan termasuk persembahan hiburan.

Jersi tajaan amaxMALL

Seperti mana jersi-jersi pasukan profesional dan amatur yang lain, penyokong dan peminat juga boleh mendapatkan jersi rasmi MASC musim 2019 yang telah mula dijual di booth Amaxmall pada Ahad lalu.

Bagi yang berminat untuk mendapatkannya, pembelian secara atas talian juga boleh dilakukan di www.amaxmall.com.

Pasukan MASC kali ini telah mendapat suntikan tajaan untuk satu tahun daripada amaxMALL (Kedai dalam talian tempatan). amaxMALL adalah sebuah platform e-dagang milik penuh warga Malaysia – menempatkan sebahagian besar produk dan jenama Malaysia yang terdiri daripada kategori makanan, kesihatan, kecantikan, fesyen dan produk untuk ibu dan kanak-kanak.

Terkini, amaxMALL akan mewujudkan satu program baru yang dipanggil bworks.my. Ia adalah satu platform bagi membantu syarikat syarikat baru untuk memulakan perniagaan mereka secara digital.

Musim 2019

Untuk musim 2019, MASC akan menggunakan jersi “Home, Away dan 3rd Kit terbaru yang direka khas dari jenama sukan tempatan NF73. Tambahan lagi, NF73 dan pihak pengurusan kelab MASC iaitu AMG Projects telah membuat keputusan untuk memperkenalkan dua jenis rekaan jersi untuk kali ini iaitu jersi premium (Player Issue) dan jersi replika (Fans Issue).

Jersi ‘Player Issue’ ini akan menampilkan rekaan dan kualiti material yang terbaik pernah dihasilkan untuk MASC oleh NF73 selain mempunyai nama dan tandatangan artis. Jersi ‘Player Issue’ yang berharga RM120.00 ini akan digunakan eksklusif oleh skuad utama.

Versi kedua pula iaitu ‘Fan Issue’ lebih kepada untuk memenuhi permintaan dan keselesaan penyokong. Jenis ‘Fan Issue’ ini boleh didapati dengan harga RM80.00 sahaja.

Antara selebriti yang hadir, Syed Aiman, Danie Anwa, Black Hanifah, Tomok, Kazar, Roy Azman, Din Maidin, Aidil Aziz, Fasha Sandha, Aweera, Fiq, Ezzrin Loy, Beego, Zahid Baharuddin, Pelawak Yassin Senario, Melati dan Sharif dari Kumpulan Zero, Ali Puteh, serta selebriti sukan tanah air seperti Hafiz Hashim dan Arif Latif juga hadir bagi memeriahkan majlis pelancaran.

Siapakah artis yang paling anda mahu lihat beraksi bermain bola sepak?

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!