Quantcast

KAJIAN & FAKTA LIGA MALAYSIA

Vladislav Mirchev: Penyerang Perak Yang Pernah Beraksi Menentang Real Madrid

Vladislav Mirchev merupakan penyerang terbaru Perak bagi musim Liga Super 2017. Beliau memiliki rekod yang bagus ketika bergelar pemain remaja di Bulgaria.

Profail

Nama: Vladislav Mirchev
Tarikh lahir: 23 Januari 1987
Tempat lahir: Varna, Bulgaria
Tinggi: 1.82m
Kewarganegaraan: Bulgaria
Posisi: Penyerang Tengah
Kaki prima: Kanan
Kelab musim 2017: Perak TBG FC

Maklumat karier

Pada tahun 2003 (ketika usianya 16 tahun), Vladislav Mirchev memulakan kariernya di sebuah akademi kelab kecil Bulgaria, Spartak Varna.

Cukup 2 tahun beliau belajar di akademi Spartak Varna, Mirchev dipromosi ke skuad utama ketika baru berusia 18 tahun. Pada peringkat umur ini jugalah beliau terpilih menjadi pemain kebangsaan Bulgaria bawah-19 dan bawah-21 tahun.

Pada peringkat remaja, Vladislav Mirchev merupakan salah seorang pemain yang berada dalam kategori prospek Bulgaria yang ada harapan.

Untuk mengembangkan potensi Mirchev, Spartak Varna menghantarnya ke sebuah lagi kelab kecil Bulgaria, Chernomorets Burgas untuk mendapatkan aksi kesebelasan utama.

Di sana, beliau berjaya menjaringkan 8 gol daripada 20 penampilan. Satu pencapaian yang agak baik. Kemudian untuk mencabar potensi dirinya lagi, Spartak Varna menghantarnya sekali lagi secara pinjaman.

Kali ini cabarannya lebih besar. Mirchev menyertai gergasi bola sepak Bulgaria, BATE Borisov.

Menentang barisan Galacticos Real Madrid

Cabaran menaikkan namanya di BATE Borisov nyata terlalu besar buat Mirchev. Beliau hanya mencatat 10 penampilan dan 3 gol.

Tetapi dari segi positifnya, cabaran di BATE Borisov ini membuatkan namanya berada dalam senarai peninjau bakat Eropah.

Ini kerana beliau pernah diturunkan dalam kesebelasan utama oleh BATE Borisov ketika aksi UEFA Champions League menentang Real Madrid. Bagaimanapun beliau hanya bertahan selama 64 minit sebelum dikeluarkan. Real Madrid menang 2-0 dalam perlawanan ini.

Walaupun Mirchev gagal menempa nama di Belarus, beliau masih dipikat. Kali ini oleh kelab Itali, Ancona dengan harga £255,000. Harga yang agak mahal bagi sebuah kelab divisyen ke-5 Itali.

Di Ancona, Mirchev langsung gagal menjaringkan gol. Disinilah bermulanya kejatuhan karier beliau. Seawal usianya baru 22 tahun.

Sejak itu, Mirchev melakukan apa yang pemain bola sepak profesional sederhana lakukan – berpindah-randah serata dunia mencari kelab. Selepas gagal di Itali, beliau berpindah kelab sebanyak 9 kali dalam masa 6 tahun.

Karier nomad Mirchev membawanya ke Belarus, Itali, Belgium, Kazakhstan, Cyprus dan Maldives. Dan akhirnya kini Mirchev mencari makan di Malaysia.

Aspirasi

Adalah penting untuk Vladislav Mirchev cepat menyesuaikan diri di Perak dan seterusnya menjaringkan gol.

Ini kerana dalam 2 musim sebelum ini, Perak kemarau penjaring gol yang konsisten. Sehinggakan Perak terpaksa bergantung kepada pemain 9 jadian seperti Fazrul Hazly.

Selepas Keita Mandjou pada musim 2008, Perak tiada penjaring gol yang tajam di depan gol. Mereka telah mencuba Vokhid Shodiev dan Xhehavir Sukaj pada musim lepas. Tetapi mereka tetap tak bagus.

Apakah Vladislav Mirchev mampu menghilangkan rasa sangsi penyokong Perak terhadap kebolehannya sebagai penyerang?

[adrotate group=”6″]

Baca juga: Godwin Antwi (Melaka United): Hulubalang Melaka Dari Akademi Liverpool

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!