PKNS FC Bakal Berubah Wajah, Akan Diketahui Esok

PKNS FC merupakan pasukan yang sudah lama bertapak dalam bola sepak Malaysia.

Mereka telah berjaya melahirkan banyak jagoan bola sepak negara sejak dulu, contohnya Allahyarham Mokhtar Dahari.

Musim lalu, mereka berjaya kembali ke Liga Super selepas menduduki tangga ke-2 Liga Perdana di belakang Melaka United yang menjadi johan Liga Perdana.

Bagaimana pun mereka, PKNS FC mengalami sedikit masalah bersama Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS). Namun kini mereka telah berjaya untuk jauh dari masalah terbabit.

Wajah baru

Di laman rasmi Instagram PKNS FC, mereka telah mengeluarkan teaser memberitahu kepada pengikut mereka yang pasukan tersebut bakal bertukar wajah.

Bukan sahaja di Instagram, tetapi teaser tersebut dikeluarkan juga di laman Facebook mereka – PKNS FC.

Mereka juga memberikan bayangan bahawa PKNS FC yang dikenali sebagai Sang Semut Merah atau The Red Ant bakal bertukar wajah dari segi nama dan juga warna rasmi pasukan.

Ini boleh dilihat pada caption yang dikeluarkan mereka di laman Facebook dan Instagram mereka.

Adakah PKNS FC bakal dijenamakan? Adakah masih kekal dengan jersi warna oren? Semuanya terjawab esok!”

Respon peminat

Rata-rata peminat teruja dengan teaser yang dikeluarkan oleh PKNS FC.

Harapan mereka tinggi, mereka mahukan PKNS FC bertukar menjadi pasukan kelab yang berasaskan bandar atau juga komuniti.

Rata-rata mereka mengharapkan PKNS FC akan berubah wajah menjadi pasukan yang lebih baik seterusnya memberikan pilihan kepada mereka untuk menyokong selain dari menyokong pasukan Selangor FA yang sedia ada.

Bagi kami, kami juga sama seperti mereka. Kami harapkan ia bertukar menjadi pasukan yang berasaskan bandar agar ia menimbulkan rasa sense of belongings kepada diri mereka.

Selain itu juga, kami berharap ia akan menimbulkan persaingan sihat diantara pasukan-pasukan yang ada di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya.

Tunggu jawapannya dari PKNS FC, esok!

Baca juga: Shakira Minta Pique Tinggalkan Barcelona! Kenapa?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN